Berita  | Sukan

Penyokong Liverpool mahu bertemu Real Madrid di separuh akhir

Penyokong Liverpool mahu bertemu Real Madrid di separuh akhir
56% mahu Liverpool diundi bertemu Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah. - Foto Stadium Astro.
Berdasarkan undian yang diadakan di akaun Twitter @bualbola, kami mendapati bahawa 56% daripada penyokong Liverpool mahu diundi menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

26% pula mahu Liverpool bertemu AS Roma, yang mengejutkan Barcelona dengan mempamerkan kebangkitan dalam suku akhir kedua, walaupun ketinggalan 1-4 dalam perlawanan pertama.

Pilihan yang paling tidak popular adalah Bayern Munich yang mendapat 20% undian.

Kenapa Madrid atau Roma jadi pilihan?

Bagi salah seorang pengguna Twitter, dia memilih Roma atau Madrid untuk bertemu di separuh akhir, dengan harapan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dapat menebus kekalahan kepada Bayern Munich pada final UCL 2013.

Pada masa itu, Klopp yang mengurus Borussia Dortmund kalah 1-2 kepada Bayern, menerusi gol Mario Mandzukic dan Arjen Robben.


Bagi peminat Real Madrid, mereka idamkan bertemu Liverpool di separuh akhir dengan 58% undian, diikuti Bayern (27%) dan Roma (15%).

Penyokong Bayern pula mahu bertemu Liverpool pada separuh akhir, dengan 41% memilih kelab Inggeris itu, manakala Madrid pilihan kedua dengan 33% dan Roma 26%.

Ada juga yang mewakili pasukan Roma dengan memilih Liverpool sebagai lawan di separuh akhir dengan 46% undian, diikuti Madrid dengan 28% dan Bayern 26%.

Undian bagi separuh akhir UCL akan diadakan di ibu pejabat badan bola sepak Eropah, UEFA di Nyon, Switzerland malam ini.

Anda boleh saksikan undian tersebut di Astro Supersport saluran 810/831 HD bermula 7:00 malam ini.