KUNJUNGAN ke Sarawak dalam aksi Liga Super, Sabtu ini dianggap misi sukar, namun The Bos Gaurus berharap tuah akan menyebelahi mereka.
Menurut pemain import kelahiran Brazil, Thiago Junio De Aquino, Sarawak sebagai tuan rumah pasti mahu mengutip mata penuh dan memberikan persembahan terbaik di hadapan penyokong mereka.
"Oleh itu, tentu sukar di sana (Sarawak) tetapi saya dan rakan mahu menang. Saya yakin jika berjaya di sana, ini akan menjadi titik tolak momentum kemenangan kami. Aura ini yang Perak perlukan sekarang.
"Kita bercakap mengenai bolasepak, jika tiada keputusan menang, maka habislah," katanya.
Ketua jurulatih, Mehmet Durakovic, sedang mengatur taktikal yang sesuai untuk berhadapan Sarawak.
"Ketika bertemu T-Team minggu lalu, banyak kelemahan ketara. Ini yang perlu diperbaiki. Apa-apa pun, pemain perlu lebih yakin dengan kebolehan yang ada.
"Saya ke sini (Perak) bukan untuk melihat Perak jatuh tetapi pastinya untuk mengecapi kejayaan.
"Perak dibarisi pemain berkaliber. Oleh itu, usah gusar. Dengan masa dan usaha, saya pasti pasukan ini akan berada di landasan yang betul." tegas Mehmet.
Astro Arena
Wed Apr 12 2017
DE AQUINO: Saya yakin jika berjaya di sana, ini akan menjadi titik tolak momentum kemenangan kami.
Gaza Freedom Flotilla: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC
Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.
AWANI Ringkas: Semua 10 mayat dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Belanjawan: Meningkatkan kecekapan, produktiviti perkhidmatan kesihatan
Pantau Belanjawan membawa perkembangan terkini tentang aplikasi perkhidmatan komunikasi kesihatan, MedPlanner.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah Komander Firdaus dikebumi di Pulau Pinang
Komander Muhammad Firdaus Ramli ,44, akan dikebumikan di kampung halamannya di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang.
Nahas helikopter Lumut: 'Takut tak sempat lepas ni' - Kakak pilu kenang permintaan terakhir arwah
Noryani berkata dia reda dengan pemergian adiknya itu selepas ibu bapa mereka meninggal dunia Januari dan Ogos tahun lalu.
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
[KRONOLOGI] Nahas Helikopter TLDM
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
[INFOGRAFIK] Perang Palestin-Israel | Fakta Nombor (Sehingga 19 April 2024)
Berikut adalah info berkenaan dengan perang Palestin-Israel, fakta nombor, sehingga 19 April 2024.
Presiden Iran, Pakistan adakan pertemuan luas kerjasama
Presiden Iran, Ebrahim Raisi mengadakan pertemuan dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, di kediaman rasmi Presiden di Islamabad dalam lawatan tiga hari beliau ke negara tersebut pada Isnin.
Nama Bos Gaurus FC hanya sementara - Ahmad Faizal
Nama Perak FC boleh digunakan bagi menggantikan Perak FA selepas diluluskan MMK yang akan bermesyuarat esok.
Saya masih bapa kepada pasukan Perak, kata Durakovic
Desas-desus mengenai pemecatan jurulatih itu bertiup kencang sebaik The Bos Gaurus diaibkan dengan kekalahan 0-7 di tangan JDT.
JKKN Kedah sedia skrin besar tayang final Piala FA di Dataran Sungai Korok
Tayangan itu memeriahkan program Temasya 'Oghang' Kedah yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 25 Julai ini.
Piala FA: Ahmad Faizal 'beri amaran' kepada Mukhriz
"Walaupun bersahabat baik, saya akan pastikan Perak lawan habis-habisan dengan Kedah dengan semangat kesukanan," kata Ahmad Faizal.
TBG MOBS ikrar jadi persatuan penyokong terbaik
Penubuhan TBG MOBS adalah sejajar dengan hasrat FAM untuk melihat satu negeri diwakili oleh satu kelab sahaja.