Presiden Persatuan Badminton Negeri Sembilan (NSBA), David Wee Toh Kiong melahirkan rasa gembira kerana kemelut perebutan jawatan presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah dapat diselesaikan dengan baik.
Katanya, pujian harus diberikan kepada Penaung BAM, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana usaha mereka dalam menyelesaikan masalah itu.
"Saya gembira kerana Rosmah dan Khairy dapat membantu BAM dalam perkara ini. Ini menunjukkan BAM sebagai sebuah persatuan yang dicontohi dan rundingan adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah. Ia juga menunjukkan kematangan Rosmah dan Khairy yang telah meletakkan perpaduan persatuan di atas kepentingan diri.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, sepatutnya tidak ada pertandingan kerana Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mempunyai kekuatan masing-masing," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan ahli Majlis BAM yang sebulat suara menyokong supaya Mohamad Norza tidak dicabar pada pemilihan sempena mesyuarat agung tahunan badan induk itu, 29 April ini.
Ahli Majlis BAM yang mengadakan perjumpaan tertutup dengan Rosmah dan Khairy semalam bersetuju supaya Mohamed Al-Amin memberi laluan kepada Mohamad Norza untuk menduduki jawatan tertinggi badan induk itu.
Mengenai ahli gabungan BAM akan menyokong sepenuhnya usul supaya Mohamed Al-Amin dilantik sebagai penasihat BAM pada mesyuarat agung tahunan badan induk itu nanti, beliau berharap gandingan kedua mereka akan dapat melonjakkan lagi sukan badminton di tahap yang lebih tinggi.
Katanya, ini jelas apabila jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei, beregu utama lelaki, Goh Vee Shem/Tan Wee Kiong dan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016.
Selain itu, beliau juga berharap pelantikan Mohamad Norza sebagai presiden baharu pada mesyuarat agung tahunan nanti akan dapat meletakkan badan induk itu di platform yang baharu.
"Sebagai orang muda, Mohamad Norza diharap mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2017
Isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datin Seri Rosmah Mansor menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Norza pada Khamis. - Foto Bernama
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.
Zii Jia gagal mara ke separuh akhir BAC 2024
Lee Zii Jia tewas di tangan Jonatan Christie setelah mencatatkan lima kemenangan dalam pertemuan sebelum ini.
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Trebuka India 2024.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.