Perancis bertekad untuk memadamkan episod pahit pada Piala Dunia 1982 apabila bertemu dengan Jerman dalam perlawanan ‘derby Eropah’ peringkat suku akhir di Estadio do Maracana, Rio de Janeiro pada awal pagi ini.
Pada edisi Piala Dunia 1982, skuad ‘Les Bleus’ yang dibarisi Michel Platini, Alain Giresse dan Jean Tigana hampir setapak untuk ke peringkat akhir apabila selesa mendahului Jerman 3-1 termasuk dua gol pada awal babak pertama masa tambahan oleh Marius Tresor dan Alain Giresse.
Namun , kealpaan pertahanan Perancis membawa padah apabila Jerman melancarkan serangan dan berhasil menambah dua gol pada babak kedua masa tambahan melalui Karl-Heinz Rummenigge dan Klaus Fischer mengheret perlawanan tersebut ke penentuan sepakan penalti.
Jerman akhirnya layak setelah menang 5-4 melalui penentuan sepakan penalti ke atas Perancis namun tewas pada peringkat akhir kepada Itali.
Dalam edisi kali ini, anak-anak buah Didier Deschamps dilihat sudah bersedia untuk menghadapi Jerman yang dikatakan menampilkan prestasi yang tidak begitu meyakinkan.
Berdasarkan rekod perlawanan peringkat kumpulan, Perancis dan Jerman merekodkan mata yang sama iaitu tujuh mata hasil dua kemenangan dan satu seri namun Jerman bagaikan bergelut dengan prestasi sebenar berbanding Perancis.
Perlawanan bertemu Ghana dan Amerika Syarikat di peringkat kumpulan serta Algeria di peringkat kalah mati memperlihatkan Jerman begitu bergelut dengan corak permainan yang ditampilkan sehingga memaksa ada antara perlawanan tersebut terpaksa diheret hingga ke minit-minit akhir perlawanan ataupun masa tambahan untuk mencipta jaringan.
Malah, pertahanan Jerman juga kian diragui ketahanan mereka mengekang asakan lawan kerana kerap dibolosi oleh pemain lawan untuk menghasilkan gol.
Namun begitu, barisan tengah Jerman masih dianggap kreatif dalam membantu mencipta peluang kepada penyerang mereka dan permainan Jerman pada Piala Dunia ini tidak terlalu tertumpu kepada barisan serangannya tetapi lebih kepada barisan pemain tengahnya yang dianggap mampu mencipta gol.
Perancis pula dianggap kemas dalam semua posisi cuma ketika bertemu Nigeria mereka juga terpaksa menunggu sehingga minit-minit akhir perlawanan apabila penjaga gol dan pertahan Nigeria melakukan kesilapan yang membolehkan Perancis menang bergaya 2-0.
Paul Pogba, Karim Benzema, Blase Matuidi dan Yohan Cabaye dijangka akan menjadi sandaran utama Perancis manakala Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller, Mesut Ozil dan Andre Schurrle pula bakal diturunkan membawa harapan Jerman.
RAMALAN ASTRO AWANI: Perancis..1 Jerman..2
Aizat Sharif
Fri Jul 04 2014
Perancis mahu membuat kejutan namun pemain tengah Jerman nampak lebih bersedia
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Vinicius Junior menangis jawab isu penderaan perkauman
Penyerang sensasi Real Madrid, Vinicius Junior, menangis dalam sidang media selepas ditanya mengenai isu perkauman yang melibatkan dirinya.
12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Pantai Rio de Janeiro masih sesak meskipun kes denggi meningkat
Orang ramai dilihat hadir ke pantai Rio de Janeiro untuk mengambil bahagian dalam karnival jalanan yang dinanti-nantikan meskipun terdapat kebimbangan mengenai peningkatan kes demam denggi.
Masihkah ada dendam antara Neymar dan jurulatih baru Brazil?
Dorival Junior menggantikan Fernando Diniz yang menjadi pengurus interim sejak Julai 2023.
Malaysia dan Brazil tingkat kerjasama dalam isu utama global
Malaysia dan Brazil komited untuk meningkatkan penyelarasan dalam bidang kepentingan bersama menerusi dialog.
12 maut dalam nahas pesawat di Amazon Brazil
Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk seorang bayi, maut apabila pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di negeri Acre di barat laut Brazil.
14 maut pesawat terhempas di Brazil
Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing.