Hujan renyai di sini sejak petang tadi yang membasahkan persekitaran Stadium Sarawak, langsung tidak menjejaskan kemeriahan majlis perasmian Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 malam ini.
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang menanti penuh sabar acara kemuncak pengisytiharan perasmian yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Sementara menunggu saat pengisytiharan itu, orang ramai disajikan dengan persembahan oleh beberapa artis terkenal, sebelum majlis bermula dengan kehadiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, diiringi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Ketibaan Abdul Taib dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi tepat 8.45 malam terus menggamatkan stadium dengan sorakan orang ramai, dan disusuli dengan percikan bunga api menghiasi ruang udara stadium.
Upacara perasmian berlangsung dengan aturcara tradisi, menyaksikan lebih 5,000 atlet yang mengambil bahagian dalam temasya SUKMA, berarak masuk ke dalam stadium untuk majlis menaikkan bendera Sukma XVII Sarawak 2016 dan lafaz ikrar.
Lebih 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara persembahan padang, menerangi kegelapan stadium dengan gemerlapan kilauan cahaya yang membentuk pelbagai formasi.
Pelbagai persembahan dipaparkan bagi menggambarkan keunikan kepelbagaian etnik penduduk Sarawak ditampilkan dalam persembahan Sukma ke-18 yang bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.
Sukma ke-18 menampilkan 24 acara, kebanyakan diadakan di Kuching, Kota Samarahan, manakala badminton serta bola tampar di Sibu, sementara karate serta sukan layar di Miri.
Kali terakhir Sarawak menjadi tuan rumah Sukma ialah pada 1990, dan muncul juara keseluruhan pada 1990, 1992 dan 1994, serta naib juara pada 1988, 1996, 1998, 2000 dan 2004.
Majlis penutup pada 31 Julai ini, dijangka disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bernama
Sat Jul 23 2016
Peserta-peserta memakai pakaian tradisi etnik Sarawak ketika mengambil penyertaan sempena majlis Perasmian Sukma ke-18 di Stadium Sarawak malam ini. - Foto Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.
Atlet bukan kelapa yang diperah santan, dibuang hampasnya - Penganalisis
Mengambil contoh selebriti, Mohd Sadek berkata, golongan itu dilihat lebih disanjung dan terbela berbanding ahli-ahli sukan.
Sukma sepatutnya sifar kes doping - Penganalisis sukan
Semua pihak terlibat perlu memandang serius perkara itu dan Sukma sepatutnya 'zero doping case'.
Sukma: Johor tunggu masa disahkan selaku juara keseluruhan
Kontinjen Johor kian hampir disahkan sebagai juara keseluruhan selepas unggul di tangga teratas kedudukan pingat dengan 69 emas, 39 perak dan 39 gangsa.
Jadikan Sukma ke-20 arena buktikan kejaguhan atlet - PM
Perdana Menteri berkata para atlet juga perlu menerapkan semangat untuk meneruskan rentetan kejayaan yang telah dilakar atlet negara di peringkat antarabangsa sebelum ini.
Kepantasan Muhammad Azeem, Nor Sarah hangatkan Sukma ke-20
Masing-masing dinobatkan raja dan ratu pecut Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 selepas mendominasi akhir acara 100 meter (m) hari ini.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.
MSN akan jelaskan kenapa taekwondo digugurkan - Faizal Azumu
Katanya pihak berkaitan mempunyai alasan mengenai tindakan itu yang mana penjelasan berhubung isu itu akan dimaklumkan.
Ahmad Shapawi beri bayangan acara dari senarai akhir Sukma tidak digugur
Beberapa acara yang dilaporkan digugurkan daripada senarai akhir Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 MSN 2022, dijangka dapat dianjurkan apabila temasya itu berlangsung bermula 16-24 Sept ini.