Tutup

Berita  | Sukan

Peru lakar kemenangan pertama sejak 1978 (Australia 0-2 Peru)

Peru lakar kemenangan pertama sejak 1978 (Australia 0-2 Peru)
Andre Carrillo menjaringkan gol pertama Peru ke atas Australia. - Gambar FIFA.com
SOCHI: Peru melakar kemenangan pertama dalam kempen Piala Dunia FIFA sejak 1978 selepas menewaskan Australia 2-0.

Australia turun ke Stadium Fisht di Sochi perlukan kemenangan untuk mara ke pusingan kalah mati namun gagal menandingi saingan dari Amerika Selatan itu.

Peru yang sudahpun tersingkir dari kejohanan mendahului perlawanan pada minit ke-18 menerusi Andre Carrillo yang menerima hantaran Paolo Guerrero.

Australia hampir mendapat gol penyamaan pada minit ke-40 namun tandukan Trent Sainsbury dari jarak dekat tersasar.
Guerrero yang mencipta gol pertama untuk Peru berjaya mencetak namanya sebagai penjaring pada minit ke-50 permainan untuk menggandakan pendahuluan pasukannya.

Pemain yang beraksi di Brazil bersama Flamengo itu hampir terlepas aksi di Rusia selepas digantung akibat positif dadah, namun keputusan itu diubah selepas kapten pasukan Australia, Denmark dan Perancis meminta FIFA supaya penggantungan itu ditarik balik.
Pada minit ke-60, Tim Cahill turut mempunyai peluang untuk merapatkan kedudukan buat Australia namun rembatannya dihalang.

Peru berjaya bertahan untuk melakar kemenangan namun ia tidak mengubah keadaan bahawa mereka sudahpun tersingkir.

Kali terakhir Peru mencatat kemenangan adalah pada 11 Jun, 1978 selepas menewaskan Iran 4-1.

Tonton: Australia 0-2 Peru