Tutup

Berita  | Sukan

PES 2020: TMJ bangga bawa JDT 'lawan' Juventus

PES 2020: TMJ bangga bawa JDT 'lawan' Juventus
Menerusi perkongsian akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dilihat menggunakan kelabnya menentang Juventus dalam permainan video itu. Foto: Facebook
KUALA LUMPUR : Penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya sedia maklum juara Liga Super enam kali itu dipilih sebagai antara pasukan yang akan dapat digunakan dalam permainan video Pro Evolution Soccer (PES) 2020.

Lebih mengujakan, penyokong kelab itu, pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa bermain permainan video itu.
Menerusi perkongsian akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dilihat menggunakan kelabnya menentang Juventus dalam permainan video itu.

Tunku Ismail pada masa sama turut menggunakan khidmat pemainnya seperti Safawi Rasid dan Diogo Luis Santo.
 

Rata-rata netizen di ruangan komen turut meluahkan rasa teruja mereka menantikan permainan video yang dilaporkan bakal dilancarkan di Asia pada 12 September ini.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan tempatan dipilih bagi permainan video adalah menerusi permainan Road To World Cup 98.

JDT pula adalah satu-satunya pasukan dari Malaysia yang muncul dalam PES 2020.


Tag: JDT, Johor Darul Ta zim, PES 2020, Pro Evolution Soccer, Johor Southern Tigers, Tunku Ismail Sultan Ibrahim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.