Setelah 27 perlawanan berlangsung menyaksikan enam pasukan setakat ini telah berjaya melayakkan diri ke peringkat pusingan kalah mati manakala enam pasukan termasuk nama-nama besar seperti Sepanyol dan England pulang awal setelah tersingkir daripada persaingan Piala Dunia 2014.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang berjaya melayakkan diri ke kelompok 16 pasukan terbaik yang akan beraksi di peringkat pusingan kedua Piala Dunia.

Kumpulan B: Belanda dan Chile
Kumpulan C: Colombia
Kumpulan D: Costa Rica
Kumpulan E: Perancis
Kumpulan F: Argentina

Manakala, ini merupakan pasukan-pasukan yang telah pun tersingkir daripada persaiangan Piala Dunia kerana mengalami kekalahan kedua berturut-turut.

Kumpulan A: Cameroon
Kumpulan B: Sepanyol dan Australia
Kumpulan D: England
Kumpulan E: Honduras
Kumpulan F: Bosnia-Herzegovina

Agak mengejutkan dalam Piala Dunia kali ini apabila juara bertahan, Sepanyol terpaksa akur dengan kehebatan Belanda dan Chile yang bersama-sama berada dalam kumpulan B sehingga memaksa juara dunia itu pulang awal malah dengan kekalahan kedua Sepanyol dan Australia itu bermakna Kumpulan B merupakan kumpulan paling awal mempunyai wakil ke peringkat pusingan kalah mati nanti.

Selain daripada itu, kejutan yang diberikan oleh pasukan kerdil seperti Costa Rica yang menewaskan dua bekas juara Piala Dunia, Uruguay dan Itali menambahkan lagi kerancakan dan kejutan dalam temasya kali ini.

Kejayaan Costa Rica menundukkan Uruguay dengan jaringan 3-1 dan Itali dengan kemenangan tipis 1-0 sekaligus menyebabkan satu lagi bekas juara Piala Dunia 1966 iaitu England yang turut bersama-sama berada dalam kumpulan tersebut tersingkir.

Agak mengejutkan apabila tuan rumah, Brazil yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk layak ke final terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Cameroon untuk menentukan sama ada mereka dapat layak atau gagal manakala Mexico dan Croatia akan bertarung sesama mereka untuk satu lagi slot ke peringkat kalah mati.

Daripada senarai pasukan yang layak setakat ini, tiga pasukan Amerika Selatan iaitu Chile, Colombia dan Argentina manakala satu pasukan Amerika Tengah, Costa Rica berjaya membuka mata dunia dengan kelayakan mereka ke peringkat seterusnya manakala hanya dua sahaja wakil Eropah, Belanda dan Perancis yang berjaya lolos sambil beberapa pasukan yang lain seperti Jerman dan Belgium akan menyertai ketumbukan wakil-wakil Eropah.

Sementara itu di kem Asia pula, sandaran wakil Asia pula kini hanya tertumpu kepada tiga pasukan sahaja, Jepun, Iran dan Korea Selatan yang dianggap masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya meskipun tiada antara mereka berjaya membawa pulang tiga mata berharga setakat ini.

Australia pula yang memberikan persembahan menyakinkan ketika menentang Belanda tempoh hari terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia selepas menerima kekalahan dua kali berturut-turt.

Ramalan penulis bagi Kumpulan A adalah Brazil dan Croatia akan layak manakala bagi Kumpulan B pula Ivory Coast akan mengiringi Colombia.

Bagi kumpulan C pula, Uruguay akan dapat menyingkirkan Itali untuk mengikuti Costa Rica layak manakala Switzerlanmd yang terukd ibelasah 2-5 oleh Perancis masih akan dapat mengiringi pasukan ‘Les Bleus’ ke pringkat seterusnya.

Walaupun dianggap agak kurang realistik, namun tidak dinafikan Iran pasti mampu mengiringi Argentina dalam saingan Kumpulan F namun dengan syarat Iran tidak tewas atau seri kepada Bosnia-Herzegovina dan Nigeria tidak menang atau seri keatas Argentina.

Kumpulan G dan H masih lagi terbuka kepada semua pasukan untuk layak ke peringkat seterusnya, namun Jerman dan Belgium dijangka akan dapat meneruskan saingan mereka di peringkat kalah mati sambil Ghana, Amerika Syarikat, Portugal, Russia, Korea Selatan dan Algeria akan berlawan mati-matian untuk menempah satu lagi slot pada kumpulan masing-masing untuk ke peringkat seterusnya.