JURULATIH Felcra United, Roslee Mohd Derus, merancang pendekatan taktikal tanpa penampilan penyerang skuad B-22 tahun negara, N. Thanabalan, bagi menentang Terengganu City dalam aksi suku akhir pertama Piala FAM di Kuala Terengganu, esok.
Firdaus Azizul bakal menjadi taruhan Roslee untuk menggantikan Thanabalan selepas pemain kelahiran Negeri Sembilan itu menjalani penggantungan satu perlawanan.
Roslee tidak berasa ketiadaan Thanabalan akan menjejaskan peluang Felcra untuk meraih kemenangan kerana moral pemain kini di tahap terbaik.
"Memang dalam perlawanan pertama suku akhir, Thanabalan tidak dapat bermain kerana meraih kad merah. Saya sudah buat perancangan, ada pemain (Firdaus) menggantikannya.
"Cara permainan pemain itu sama seperti Thanabalan. Saya fikir ia tiada masalah," katanya.
Dalam pada itu, Roslee berpuas hati dengan prestasi pasukannya dan percaya kapten skuad B-22 negara, Adib Zainudin, akan meneruskan prestasi baiknya selaku tonggak benteng Felcra.
Namun, Roslee sedar mental pemain perlu berada di tahap terbaik dalam usaha meraih keputusan positif.
"Tidak dinafikan pasukan Pantai Timur seperti Terengganu mempunyai semangat tinggi apabila bermain di tempat sendiri, berbanding bermain di luar.
"Perkara ini saya sudah tekankan kepada pasukan. Kami akan mendapat tentangan sengit apabila bermain di Kuala Terengganu nanti," katanya.
Astro Arena
Mon Sep 18 2017
Ketiadaan Thanabalan (gambar) dipercayai tidak akan menjejaskan peluang Felcra United untuk meraih kemenangan kerana moral pemain kini di tahap terbaik. - Gambar fail
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi
Dua pemain bola sepak Sarawak dakwa diperlaku tidak adil oleh FAS apabila dituduh mengatur perlawanan dengan Felcra United 10 Februari lalu.
Piala FAM: Tiada masalah tanpa Thanabalan
Firdaus Azizul bakal menjadi taruhan Roslee untuk menggantikan Thanabalan selepas pemain kelahiran Negeri Sembilan itu menjalani penggantungan satu perlawanan.