PATRICK Reed berkata dirinya dan Tiger Woods tidak sabar untuk digandingkan menjelang aksi pembukaan Piala Ryder 2018.

Reed - yang bertindak sebagai perancang utama Amerika Syarikat dalam pertembungan berdepan Eropah dalam edisi terdahulu - bersama Woods bakal berdepan Francesco Molinari dan Tommy Fleetwood, hari ini.

Diberikan peluang untuk bergandingan bersama bintang golf terbesar dunia, Reed, memberitahu, "Kami gembira kerana dapat digandingkan dan mahu memberikan yang terbaik untuk AS."

"Cara terbaik untuk kami adalah bermain golf dengan cemerlang dan setiap kali anda dapat beraksi bersama Woods, ia sentiasa menyeronokkan.

"Ia akan menjadi persembahan yang bertenaga. Kami mahu memulakan persembahan dengan cemerlang," katanya.

Woods, yang memenangi Piala Ryder sekali dalam tujuh penampilan bersama AS, menyedari dirinya dan Reed berdepan tugas getir.

Menyifatkan Molinari dan Fleetwood sebagai "dua pesaing hebat", Woods berkata, "Salah seorang adalah juara Terbuka dan Tommy mempamerkan aksi yang konsisten sepanjang tahun."