WALAUPUN memberi tentangan kepada China, skuad badminton negara jelas tidak mampu melawan saingan tuan rumah yang terlalu ampuh untuk diruntuhkan apabila tewas 5-0 dalam aksi pembuka tirai Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2019 di Nanning.
Perjuangan Malaysia dimulakan oleh beregu lelaki, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, yang lebih baik berbanding dua pertemuan terdahulu dengan pasangan china, Liu Yuchen/Li Junhui.
Lawan yang berada di ranking kedua dunia itu dikejutkan dengan aksi kemas pasangan negara seawal set pertama yang membuahkan kemenangan 21-18 tetapi beraksi di depan penyokong sendiri membuatkan Yuchen dan Junhui menyamakan kedudukan menerusi kemenangan set kedua 21-14.
Saingan getir dalam set kedua diakhiri menerusi dua servis akhir sekali gus membolehkan wakil tuan rumah menang 24-22 untuk meletakkan China di depan.
"Memang kami ada berbincang dengan jurulatih dan pernah bertemu lawan sama dua kali tetapi kalah. Namun, kali ini menyaksikan saingan paling getir," kata Aaron.
"Memang kecewa kerana berpeluang untuk menang. Kami bermula set pertama dengan baik dan kecewa kerana telah mendahului," tambah Wooi Yik.
Skrip hampir sama terlakar buat perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, yang berdepan Chen Yufei apabila terlebih dahulu tewas dalam set pertama 21-15 tatkala wakil negara berusia 25 tahun itu mengheret perlawanan ke set penentuan menerusi kemenangan set kedua 23-21.
Bagaimanapun, kebangkitan Soniia tidak mampu diteruskan apabila akhirnya tunduk 21-14 untuk terus memberikan kelebihan 2-0 buat China.
"Sebenarnya, untuk aksi hari ini, saya hanya mahu turun berjuang sepenuh kudrat untuk perlawanan. Saya cuba elakkan untuk fikir bahawa Yufei merupakan pemain ketiga terbaik dunia dan hanyalah pemain biasa. Itu strategi saya," kata Soniia.
Ketinggalan 2-0 menyaksikan harapan Malaysia terletak di bahu Lee Zii Jia yang turun bagi aksi perseorangan lelaki berdepan Shi Yuqi.
Pertemuan ketiga antara dua pemain tersebut menyaksikan Zii Jia dapat mengimbangi serangan dan corak permainan lawan tetapi tetap tunduk 21-12 dalam set pertama.
Yuqi semakin menampakkan penguasaan secara menyeluruh dalam set kedua dengan pukulan smash yang ternyata menjadi senjata utama untuk dia menamatkan saingan dengan keputusan 21-11.
"Macam saya cakap, kalau kalah tetapi kami perlu cuba yang terbaik. Sasaran utama kami bukan China dan masih perlu berdepan India. Jadi, kami akan persiapkan diri untuk berdepan India dan berfikir positif," ujar Zii Jia.
Perlawanan keempat di antara pasangan tuan rumah yang berada di ranking kelapan dunia, Du Yue/Li Yinhui, dan wakil negara, Vivian Hoo dan Yap Cheng Yen, menyaksikan moral pemain negara jelas berada di tahap bawah apabila tewas mudah 21-18 dan walaupun mendahului 3-1 dalam babak awal set kedua, ia tetap gagal mengekang tuan rumah untuk mencipta kemenangan 21-14.
Segalanya jelas tidak berada di pihak Malaysia apabila aksi terakhir melibatkan beregu campuran negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, menyaksikan mereka tewas 21-16, 21-12 di tangan Huang Yaqiong/Zhang Xiwei sekali gus meleburkan hasrat wakil kebangsaan untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam aksi pembukaan.
Malaysia bakal meneruskan aksi Kumpulan 1D Piala Sudirman pada Selasa depan berdepan India.
Astro Arena
Mon May 20 2019
Malaysia bakal meneruskan aksi Kumpulan 1D Piala Sudirman pada Selasa depan berdepan India.
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Piala Thomas: Ganjaran BAM bakar semangat pemain - Wooi Yik
Wooi Yik berkata kejayaan itu hanya mampu dicapai sekiranya mereka sepakat untuk mempamerkan 'magis' bersama rakan-rakan lain dalam kejohanan berpasukan.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Lima pasukan jadi pilihan julang Piala Uber 2024
Koea Selatan boleh menjangkakan saingan sengit daripada kuasa besar seperti China, Jepun serta pasukan baru dalam saingan Piala Uber.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Pearly-Thinaah cari formula terbaik harungi Sukan Olimpik 2024
Pearly Tan-M Thinaah fokus mencari formula terbaik dalam usaha menampilkan persembahan luar biasa pada Olimpik Paris 2024.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
Zii Jia bakal terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas
Team LZJ dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu dengan menyatakan hak imej adalah aspek penting bagi seorang atlet profesional.