Ratu pecut negara Zaidatul Husniah Zulkifli menerima hadiah hari jadi paling istimewa apabila meraih pingat perak acara 100m wanita Sukan SEA di Stadium Nasional di sini, malam tadi.
Atlet kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 24 tahun itu yang baru menyambut hari kelahirannya tiga hari lalu, berkata kejayaan itu menjadi kenangan paling indah buat beliau.
"Walaupun, masa pada hari ini tidak mencapai catatan terbaik saya, (11.45s), saya masih berpuas hati dengan pencapaian ini kerana dapat mencapai sasaran meraih pingat, berbanding Sukan SEA lalu di mana saya tidak dapat meraih pingat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah di sini.
Beliau meraih pingat perak dengan catatan masa 11.74s, manakala pingat emas menjadi milik wakil dari Vietnam, Le Tu Chinh dengan catatan masa 11.56s.
Shanti Pereira dari Singapura yang memperbaharui rekod kebangsaan negara itu dengan catatan 11.73s pada saingan separuh akhir, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila hanya mencatat 11.76s pada final.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Zaidatul Husniah meraih pingat perak dengan catatan masa 11.74s. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Doping: Wendy Ng mohon sidang video
Wendy sepatutnya menghadiri pendengaran kes doping itu di Switzerland tetapi memohon pertimbangan itu susulan perbelanjaan ke negara itu sangat tinggi.
11 atlet TUDM dinaikkan pangkat selepas rangkul emas pada Sukan Sea KL2017
Majlis Pemakaian Pangkat anggota itu disempurnakan sendiri oleh Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jeneral Tan Sri Affendi Buang
SEAGF umumkan tiga nama atlet gagal ujian doping KL2017
Selain Wendy, dua atlet Thailand - Nurisan Loseng peserta acara Pencak Silat dan perenang Benjaporn Sriphanomthorn juga gagal dalam ujian "Sampel B' yang dilaksanakan baru-baru ini.
Empat dalang cuba serang penutup KL2017 didakwa
Semua mereka yang bekerja sebagai buruh binaan itu didakwa merupakan ahli kumpulan Abu Sayyaf dan menyembunyikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas terbabit.
APG KL2017 ditutup penuh bangga, meriah
Kontinjen Indonesia dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan meraih 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.
Malaysia tepati sasaran naib juara walaupun gagal raih 103 emas
Pencapaian kali ini iaitu 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa adalah lebih baik pada edisi 2015 di Singapura dengan Malaysia menduduki tangga ketiga keseluruhan.
Firdaus Zonis sedia sertai pasukan elit jika dipanggil
Muhamad Firdaus, 21, berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.
APG - Olahraga: Enam pingat emas berjaya dituai
Siti Noor Radiah Ismail menghadiahkan emas pertama buat skuad olahraga selepas mengungguli acara lompat jauh wanita T20, sebelum Eddy Bernard dan Muhammad Afiq Mohamad Ali Hanafiah menambah dua lagi.
Perdana Menteri rasmi Sukan Para ASEAN KL2017
Selepas menyampaikan ucapan, Khairy menjemput Perdana Menteri untuk mengisytiharkan Sukan Para ASEAN (APG) ke-9 KL2017 dirasmikan.
Khairul Hafiz ingin segera pulih dari kecederaan
Raja Pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan ingin segera pulih daripada kecederaan dan kini memberi tumpuan penuh kepada proses pemulihan selepas temasya Sukan SEA KL2017.