Peminat bola sepak sudah pasti mempunyai but ataupun kasut bola sepak yang diminati mereka sejak mula berjinak dengan sukan itu.

Antara yang menjadi ikon adalah Adidas Predator yang dipakai oleh generasi emas sukan itu pada era 90-an sejak diperkenalkan pada 1994.

Antara legenda bola sepak yang diingati memakai Predator adalah Zinedine Zidane (Real Madrid, Perancis), David Beckham (Manchester United, England) dan Steven Gerrard (Liverpool, England).

Sejak pengeluarnya, Adidas menghentikan produksinya pada 2015, ramai peminatnya meluahkan rasa kecewa.

Legasi yang dibawa but tersebut terus dikongsi orang ramai di media sosial sehingga Adidas terpaksa mengeluarkan edisi semula atau edisi khas yang dipromosi Beckham sendiri.

Selepas beberapa bulan mendengar beberapa khabar angin Predator akan kembali, akhirnya but tersebut dilancarkan minggu lepas.

Adidas Malaysia turut melancarkan but tersebut bersama Football Republic di Kuala Lumpur, semalam.

Ia dirasmikan oleh pemain bola sepak tempatan, Izham Tarmizi (JDT), Afiq Fazail (JDT) dan Badhri Radzi (Kelantan).

Badhri Radzi, Izham Tarmizi & Afiq Fazail semasa pelancaran Predator 18 di Football Republic.

Turut hadir pada perasmian tersebut adalah duta Adidas, Roen Cian dan Raf Yaakob.

Adidas 'Creators

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Football Republic, Vach Pillutla, ia satu penghormatan untuk syarikatnya merasmikan semula satu jenama bola sepak popular dan ikonik sepanjang masa.

“Kembalinya Predator adalah satu peristiwa hebat dalam bola sepak sama ada kepada pemain atau kepada peminat,” kata Vach.

Predator 18+ didatangkan dengan warna hitam, merah dan emas termasuk Primeknit Sockfit Collar yang dikemaskini, direka bentuk secara semulajadi untuk menampung serta memastikan sokongan terhadap bentuk kaki.

Kali ini Predator menyaksikan pemain seperti Paul Pogba (Manchester United), Dele Alli (Tottenham Hotspur), Ivan Rakitic (Barcelona) dan Mesut Ozil (Arsenal) menggunakan but ini di atas padang.