Itu luahan ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee selepas anak buahnya gagal untuk melakarkan kemenangan selepas seri 0-0 dengan Macau di Stadium Hang Jebat, pada Selasa.

Malaysia yang sekadar seri tanpa jaringan berdepan Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa meletakkan satu persepsi tiada perkembangan di dalam skuad tersebut untuk maju ke hadapan.

Macau yang berada di ranking ke-195 dunia berjaya mempertahankan gawang gol mereka daripada dibolosi oleh Malaysia yang mahu menebus maruah mereka setelah memberikan aksi yang tidak memuaskan di kelayakan Piala Dunia / Piala Asia.

Kim Swee berpendapat berkata keputusan terikat tanpa jaringan berdepan Macau adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau kecewa dengan jentera serangan negara yang gagal menyempurnakan jaringan gol walaupun dihidangkan dengan peluang yang bertali arus.

"Sememangnya saya tidak boleh menerima keputusan ini, begitu juga pemain dan penyokong. Mereka mahukan kemenangan tetapi apa yang kita lakukan tidak mencukupi kita perlu perbaiki prestasi," tegas Kim Swee.

"Kita berjaya mengawal menguasai permainan tetapi gagal memanfaatkan peluang. Kita harus belajar daripada perlawanan ini.