Pulau Pinang berpesta gol di laman sendiri apabila berjaya menundukkan Sarawak 6-3 dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Bandaraya, di sini malam ini.
Lebih manis apabila Ketua Menteri Chow Kon Yeow turut hadir menyaksikan perlawanan itu.
Corak permainan anak didik kendalian Manzoor Azwira Abd Wahid pada babak pertama itu mempamerkan aksi agresif apabila berjaya menerjah gawang pasukan lawan menerusi rembatan pemain tengahnya, Mohamad Al Hafiz Harun, pada minit kelima.
Bagaikan terkejut, pasukan Sarawak terus terjerut apabila penyerang Harimau Kumbang berjaya menambah dua lagi gol menerusi jaringan Sergio Fabian Ezequeil Aguero dan Anselmo Arruda Da Silva masing-masing pada minit kelapan dan minit ke-14.
Skuad Harimau Kumbang terus mempamerkan aksi cemerlang di hadapan 4,569 penonton di stadium itu apabila berjaya membolosi pertahanan lawan pada minit ke-27 dan minit ke-32 menerusi jaringan Mohamad Al Hafiz dan Sergio Fabian.
Separuh babak kedua menyaksikan skuad Sarawak berhempas pulas untuk mempertahankan gawang, namun gagal apabila penyerang skuad tuan rumah Julian Bottaro menjaringkan gol keenam pasukan pada minit ke-52.
Pada minit ke-65, pasukan Sawarak hanya berjaya menjaringkan gol sulung mereka menerusi rembatan penyerangnya Bobby Gonzales diikuti gol kedua hasil rembatan pemain tengah Mohamad Alif Hassan pada minit ke-74.
Seakan bangkit, pasukan lawan berjaya menambah gol menerusi jaringan Bobby pada minit ke-80.
Kemenangan malam ini berjaya meletakkan Pulau Pinang di tangga keenam dalam carta Liga Premier 2019 dengan kutipan sebanyak 27 mata.
Kedudukan mata enam berbalas tiga kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2019
Pemain Pulau Pinang Anselmo Arruda Da Silva (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan ketika menentang Sarawak pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Bandaraya malam ini. --fotoBERNAMA
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pulau Pinang rekod aliran masuk pelaburan RM71.9 bilion pada 2023, tertinggi di Malaysia
Pulau Pinang berjaya merekodkan aliran masuk pelaburan berjumlah RM71.9 bilion pada 2023, yang tertinggi di Malaysia.
Akta 672: Pulau Pinang akan teliti, bincang sebelum buat keputusan
Pulau Pinang akan meneliti dan berbincang lebih lanjut dengan kerajaan Persekutuan berhubung menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
Chow berkata keputusan itu diambil kerana sepanjang bulan Ramadan, penjawat awam di Pulau Pinang bekerja mengikut waktu fleksibel.
Harap projek air Perak Pulau Pinang dapat disegerakan - KM
Pulau Pinang berharap Kerajaan Persekutuan dapat menyegerakan pemeteraian Projek Air Perak Pulau Pinang yang ditunggu-tunggu sejak 2011 lagi.
Projek pembesaran LTAPP dijangka bermula suku ketiga 2024
Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka bermula suku ketiga tahun ini setelah selesai proses tender, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Pulau Pinang pertimbang laksana pusingan kedua pembenihan awan
Pulau Pinang mempertimbangkan untuk melaksanakan pusingan kedua pembenihan awan.
PDC bangunkan tiga taman perindustrian babitkan kos RM3.2 bilion
Tiga taman perindustrian itu terletak di daerah Seberang Perai Selatan yang mula dibangunkan sejak 2022 dan dijangka siap 2031.
Pulau Pinang kekal pengekport utama negara - Ketua Menteri
Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama negara pada Disember tahun lepas.
10,000 hadiri rumah terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang
Chow bersama isteri yang berpakaian sedondon berwarna merah, meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir.
'Kon Yeow jangan cuci tangan' - PRM
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow tidak sepatutnya 'cuci tangan' terhadap pembinaan 512 unit rumah dalam projek asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, Bayan Lepas.