Tutup

Berita  | Sukan

Pusingan Akhir ATP: Zverev lebur harapan Nadal

Pusingan Akhir ATP: Zverev lebur harapan Nadal
Alexander Zverev meraikan kejayaan selepas mengalahkan Daniil Medvedev pada perlawanan ATP Finals di The O2, London, Britain, 15 Nov, 2019. REUTERS
ALEXANDER Zverev menewaskan Daniil Medvedev dalam straight set untuk melangkah ke separuh akhir Pusingan Akhir ATP dan menamatkan harapan Rafael Nadal untuk mencipta kejayaan di London.

Juara bertahan itu merekodkan kemenangan 6-4, 7-6 (7-4) untuk bertemu Dominic Thiem dalam aksi seterusnya manakala Stefanos Tsitsipas akan bertemu Roger Federer bagi memburu slot ke final.
Nadal menghidupkan peluangnya untuk ke separuh akhir atas kemenangan yang diraih semalam apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Tsitsipas.

Bagaimanapun, pemain nombor satu dunia itu gagal meraih ihsan dariapda Medvedev, dengan wakil Russia itu tewas tiga kali berturut-turut dalam kejohanan terakhir musim ini.
Aksi terakhir pusingan round-robin merupakan pertunjukan kualiti servis, dengan Zverev mempamerkan aksi cemerlang apabila merakamkan kemenangan dalam tempoh 34 minit.

BACA: Tenis ATP Final: Tsitsipas, Nadal ke separuh akhir 

Corak permainan yang pantas dipamerkan dalam set kedua berbanding empat permainan pertama hanya berlangsung dalam tempoh 11 minit -- namun terlalu banyak kesilapan dilakukan, sekali gus memberikan tekanan kepada Medvedev.

Wakil Russia itu berusaha untuk merampas set apabila mengheret permainan ke tie break, namun Zverev cemerlang apabila berjaya mendahului 5-3.

Zverev melengkapkan kemenangan dengan servis ace, dengan wakil Jerman itu hanya memerlukan satu jam dan 18 minit sebelum melangkah ke separuh akhir.

"Saya berasakan Arena 02 adalah gelanggang paling istimewa kerana saya dapat menampilkan permainan terbaik," katanya selepas tamat perlawanan.

"Suasana di sini... sangat istimewa."




Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro