CHELSEA mengesahkan bahawa pemain pertahanan, Baba Rahman, kembali ke Schalke secara pinjaman sehingga akhir musim depan, dengan skuad The Blues dikhabarkan semakin berminat dengan Emerson Palmieri.

Pemain berusia 23 tahun itu menghabiskan pusingan pertama musim lalu dengan kelab Bundesliga tetapi kecederaan lutut yang dialami dalam Piala Negara-Negara Afrika membuatnya terpinggir untuk baki 2016-17.

Penghijrahan pemain antarabangsa Ghana itu berlaku di sebalik spekulasi yang semakin kuat bahawa pertahanan kiri Roma, Emerson, akan beralih ke Stamford Bridge sebelum tamat jendela perpindahan ini.

Chelsea dilaporkan bersetuju dengan bayaran yang mungkin mencecah €28 juta (RM134 juta) untuk pemain kelahiran Brazil itu, yang didakwa bersedia menandatangani kontrak empat tahun setengah.

Bagaimanapun, ia dikhabarkan bahawa mereka menamatkan minat terhadap penyerang, Edin Dzeko, selepas gagal dalam membuat persetujuan syarat-syarat peribadi.

Skuad Antonio Conte juga menghantar Nathan secara pinjaman untuk baki kempen, dengan pemain berusia 21 tahun berkenaan menyertai Belenenses dalam liga utama Portugal.