DIEGO Simeone mengambil perlawanan demi perlawanan sepanjang berkhidmat untuk Atletico untuk sembilan tahun dan kini, 500 perlawanan, dia mahu memastikan akan terus beraksi cemerlang bagi tahun 2021.

Ketua jurulatih Atletico, Simeone, memimpin pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam saingan LaLiga awal pagi tadi bagi merekodkan perlawanan ke-500 dalam semua pertandingan bersama Atletico, ketinggalan hanya di belakang Luis Aragones (611).

Gol Luis Suarez yang kelapan buat Atletico memastikan mata penuh dan kekal di puncak lagi menjelang tahun baru.

Tetapi membincangkan pendekatannya ketika kembali ke Atleti sebagai jurulatih pada bulan Disember 2011, Simeone menjelaskan dia jarang melihat menjangkau perlawanan seterusnya -- buat masa ini Deportivo Alaves pada hari Ahad.

"Sejak saya tiba ketika saya bertemu dengan Miguel [Angel Gil Marin, CEO] dan Enrique [Cerezo, presiden], saya memberitahu mereka mari menghadapi perlawanan demi perlawanan," katanya.

"Itu perasaan saya. Bermain setiap perlawanan seperti ia adalah yang terakhir."