Badan induk bola sepak dunia, FIFA hari ini mengumumkan ranking baharu yang menyaksikan pasukan Malaysia meningkat naik ke-170 dunia bulan ini berbanding 178 bulan lalu.

Peningkatan pasukan Harimau Malaya itu adalah ekoran kemenangan 7-0 ke atas Bhutan sebelum kalah 2-1 kepada Lubnan dan seri 2-2 ketika bertemu Mongolia.

Dalam kalangan rantau Asia Tenggara, Vietnam kini berada pada kedudukan nombor teratas dengan berada pada ranking ke-103, diikuti Filipina (113), Thailand (122), Myanmar (135), Indonesia (162), Kemboja (169), dan Singapura berada pada ranking ke-172.

Pemenang Piala Dunia 2014 di Brazil, Jerman masih kekal sebagai pendahulu ranking dunia dengan berada pada nombor satu diikuti Brazil (2) dan Belgium turut meningkat ke nombor ketiga dalam ranking itu.

Portugal dan Argentina pula, masing-masing turun ke tangga ke-4 dan ke-5 dalam ranking tersebut.