JARINGAN pada minit-minit terakhir Marcus Rashford menyumbang tiga mata buat Manchester United setelah berjaya menundukkan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.

Bournemouth yang beraksi di laman sendiri membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi jaringan penyerangnya Callum Wilson.

Tidak berputus asa, anak buah Jose Mourinho bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Anthony Martial pada minit ke-35 perlawanan.

Gol kemenangan The Red Devils dicatat pada minit ke-92 perlawanan menerusi jaringan Rashford, seterusnya mencipta kemenangan bergaya buat Manchester United.

Manchester United kini menghuni tangga ke-7 liga dengan 20 mata di belakang Bournemouth di tangga ke-6, juga dengan 20 mata.