Pasukan sepak takraw raih pingat emas dalam acara regu lelaki selepas memenangi perlawanan liga hari ini.

Gandingan Ahmad Aizat, Hanafiah Dolah dan Adam Farhan menambah jumlah kutipan pingat emas dengan menewaskan Laos untuk menjuarai peringkat kumpulan.

Ketika aksi pertama berdepan pasukan tuan rumah Singapura semalam regu negara menang 21-10,21-13 sebelum meneruskan momentum mereka untuk menundukan Filipina 21-8, 21-7.

Pingat perak pula dirangkul Singapura selepas menundukan Filipina manakala gangsa diraih Laos.