Pemenang pingat perak acara 100 meter (m) T36 (palsi serebrum) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berazam untuk menebus kekecewaan gagal mendapat pingat emas di London dengan menjadikan Sukan Para ASEAN di Kuala Lumpur yang bermula 17 hingga 23 September depan sebagai medan terbaik buatnya bersinar.
Mohamad Ridzuan berkata kekalahan di London tempoh hari tidak akan membuatkan beliau lemah malah akan terus bangkit dan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara.
"Saya akan lakukan yang terbaik di Sukan Para ASEAN nanti dan kekalahan baru-baru ini bukanlah aksi terbaik saya. Saya akan buktikan dan cuba untuk menyumbang pingat emas buat negara.
"Tidak dinafikan emosi saya sedikit terganggu kerana tidak dapat mempertahankan pingat emas kejohanan dunia yang dimenangi di Doha, Qatar pada 2015 tetapi dengan berkat dan doa semua, saya pasti akan kembali dengan lebih kuat di masa akan datang," kata Mohamad Ridzuan kepada pemberita seperti yang diterjemahkan oleh bapanya Mohamad Puzi Mat Isa.
Sementara itu, walaupun usia Mohamad Ridzuan hampir menjangkau 30 tahun, namun anak kelahiran Perlis itu menjelaskan pada Sukan Para ASEAN nanti, beliau tetap akan menyertai tiga acara iaitu 100m, 200m dan 400m sekali gus memberi petanda awal bahawa kehadirannya kelak bukan sekadar pelengkap acara tetapi ingin membuktikan beliaulah raja pecut di Asia Tenggara.
"Tiga acara yang akan saya sertai di Sukan Para ASEAN nanti bukan hanya sekadar mengambil bahagian tetapi saya mahu melakar sejarah dengan menyumbang tiga pingat emas buat kontinjen negara," katanya pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Meraikan Kejayaan Atlet di Kejohanan Olahraga Para di London.
Untuk rekod, pada kejohanan di London tempoh hari, Malaysia mencipta sejarah apabila meraih dua emas dan satu perak, pingat emas diperoleh Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) dan Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) manakala Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi menang perak dalam acara 100m T36.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2017
RIDZUAN: Dengan berkat dan doa semua, saya pasti akan kembali dengan lebih kuat di masa akan datang.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella tangguh 2 Mei
Pendengaran keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) Sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan pada 2 Mei depan.
Akaun 3: Inisiatif yang melegakan rakyat, namun ancaman jika tersalah langkah
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menasihatkan orang ramai untuk membuat keputusan bijak sebelum membuat pengeluaran Akaun 3 KWSP.
[TERKINI] Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Seorang pengurus syarikat pelancongan didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan hari ini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu. Bagaimanapun tertuduh, Hafizul Hawari, 38, mohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
ANGKASA mahu media terus salur maklumat kebaikan berkoperasi - Abdul Fattah
Gerakan koperasi memainkan peranan penting kepada ekonomi rakyat dan pembangunan sosioekonomi negara, seiring dengan aspirasi Dasar Koperasi Malaysia (DAKOM) 2030.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pestabola Merdeka kembali Oktober ini selepas 10 tahun menyepi
Tahun ini disifatkan masa yang tepat untuk menganjurkan semula kejohanan yang kali terakhir dianjurkan pada 2013 itu.
LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.
KOM rancang tiga kejohanan sebagai persiapan Sukan SEA
Atlet akan dihantar bertanding di kejohanan luar negara bagi memastikan mereka mendapat pendedahan.
Sukan Para ASEAN: MPM beri cadangan agar temasya tidak ditunda
Ia susulan tuan rumah bercadang untuk menunda dua kejohanan sukan berikutan kebimbangan terhadap situasi COVID-19 yang masih belum reda.
Terbuka Perancis: Williams positif selepas disingkir Rybakina
Rybakina tidak pernah melepasi pusingan kedua di Roland Garros tetapi mempamerkan aksi kukuh untuk mengatasi juara 23 kali kejohanan Grand Slam itu.
22 termasuk pegawai, atlet pasukan bola tampar wanita Thailand positif COVID-19
Kesemua ahli pasukan yang dijangkiti menerima rawatan di Hospital Piyavate sementara empat staf dimasukkan ke Hospital Nakhon Pathom.
Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.
Itali perkenal 'peraturan anti Liga Super Eropah'
Gergasi Itali, Juventus, Inter dan Milan mendaftar ke pertandingan pemecah kontroversi awal bulan ini bersama antara 12 kelab elit Eropah.