Peminat sukan tanah air diminta tidak panik dengan aksi atlet negara yang sudah beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro setakat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Khairi Zawi berkata ini berikutan atlet yang menjadi sandaran pingat negara seperti Pandelela Rinong (terjun), Datuk Lee Chong Wei (badminton) dan Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal trek), masih belum turun beraksi.
"Jadual acara melibatkan atlet sandaran pingat masih belum mula, macam mana masyarakat boleh mengharapkan atlet yang sudah membuat penampilan ini menyumbang pingat.
"Lainlah kalau atlet sandaran pingat tidak berjaya, barulah kita boleh berikan reaksi dan komen tertentu," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kurang senang dengan kritikan sesetengah pihak yang memandang sinis kepada pencapaian atlet yang telah mengharungi acara mereka di Rio.
Lebih malang, apabila masyarakat mula membuat perbandingan dengan dua negara ASEAN iaitu Thailand dan Vietnam yang telah meraih pingat emas masing-masing dalam acara angkat berat wanita menerusi Sopita Tanasan dan menembak lelaki oleh Hoang Xuan Vinh.
Katanya, kritikan itu boleh menimbulkan aura negatif dan sedikit sebanyak mengganggu persediaan atlet sama ada yang belum membuat penampilan atau yang akan beraksi dalam acara lain yang turut disertai mereka.
"Kejayaan sukan adalah kejayaan masyarakat, jadi masyarakat perlu beri sokongan. Tapi kita sudah timbulkan aura negatif dan ia tidak akan membantu atlet kita di sana (Rio).
"Masyarakat kita ini ada dua sikap. Kalau menang atau berjaya, dipuji melambung-lambung tapi kalau kalah, kita akan kutuk habis-habisan. Kita tidak ada golongan yang memberi dorongan," katanya sambil menambah perkara itu jarang berlaku di negara luar.
Sementara itu, mengulas prestasi atlet yang telah pun bertanding selepas dua hari pembukaan rasmi Sukan Olimpik, beliau berkata prestasi atlet terlibat sebenarnya telah mencapai apa yang ditetapkan.
Katanya, beliau berpuas hati dengan pencapaian atlet khususnya perenang negara Welson Sim yang telah mencatat masa yang menyamai rekod kebangsaan walaupun gagal menempatkan diri ke peringkat akhir.
"Apa yang saya boleh katakan, kesemua mereka ini telah mempersembahkan prestasi terbaik mereka. Ia adalah persembahan yang membanggakan.
"Tetapi masyarakat melihat dari sudut lain. Apabila tidak meraih pingat, mereka melihat ia sebagai persembahan buruk dan tidak menepati jangkaan mereka untuk dapat pingat, sedangkan mereka ini (atlet) bukan sandaran pingat," katanya.
Sebelum ini, trio memanah terdiri daripada Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin gagal ke suku akhir apabila tewas kepada Perancis 2-6 dalam acara recurve lelaki berpasukan, manakala Sim gagal ke peringkat akhir acara 200m dan 400m gaya bebas.
Penembak negara Johnathan Wong pula sekadar di tangga ke-28 acara 10m air pistol lelaki manakala gandingan Cheong Jun Hoong dan Nur Dhabitah Sabri terlepas pingat gangsa acara terjun 3m papan anjal seirama apabila menduduki tangga kelima akibat gagal mengekalkan aksi baik pada dua terjunan terakhir.
Bernama
Tue Aug 09 2016
Kata Dr Khairi, jadual acara melibatkan atlet sandaran pingat masih belum bermula. - Gambar fail
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Misi atlet paralimpik buru pingat emas pertama di Rio
Kegemilangan Sukan Olimpik masih segar dalam ingatan masyarakat dunia dan kini Brazil sekali lagi mahu membuktikan kehebatannya menganjurkan temasya Sukan Paralimpik pula.