Pemain bola sepak Brazil Robinho dihukum penjara sembilan tahun selepas didapati bersalah merogol secara berkumpulan di Milan pada 2013.

Mahkamah Itali memutuskan pemain berusia 33 tahun itu dan lima lagi warga Brazil bersalah menyerang mangsa seorang wanita Albania yang ketika itu berusia 22 tahun.

Hukuman akan dijalankan setelah proses rayuan tamat.

Robinho, yang beraksi sebanyak 100 kali untuk pasukan Brazil, pernah beraksi di Manchester City selama dua tahun sebelum berpindah ke Atletico Mineiro.