Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) Ronaldinho menyuarakan minatnya untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Pemain berusia 37 tahun itu berkata dia begitu tertarik untuk bemain di negara ini apabila mendapati rakyat Malaysia sangat meminati bola sepak.
"Ini bukan suatu gurauan, saya memang berminat untuk bermain di Malaysia. Semua orang di sini meminati bola sepak dan saya yakin mereka akan layan saya dengan cukup baik.
"Mungkin saya akan bermain di sini secara percuma," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Jelajah Trofi Kejohanan UEFA di pusat beli-belah Pavilion hari ini.
Kira-kira 400 peminat membanjiri ruang utama Pavilion untuk menatap wajah legenda bola sepak dunia itu dan berswafoto dengan Trofi Kejohanan UEFA.
Sementara itu, pemenang dua kali Ballon d'Or itu berkata dia mempunyai banyak projek selepas persaraan yang diumumkan pada awal Januari.
"Seperti yang anda maklum, saya ingin memberi fokus kepada akademi saya - Ronaldinho Soccer Academy, dan menyumbang kembali kepada kanak-kanak kerana saya mahu mereka menjadi pemain bola sepak profesional pada masa akan datang," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Ronaldinho yakin negaranya, Brazil, mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia Jun ini.
"Saya rasa peluang kami cukup besar kali ini. Kami mempunyai pasukan yang sangat kuat dan jurulatih yang hebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 07 2018
Ronaldinho berkata dia begitu tertarik untuk bemain di negara ini apabila mendapati rakyat Malaysia sangat meminati bola sepak. - Bernama
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
"Selamat ulang tahun ke-8, sayangku" - Bekas pemain Arsenal maut kemalangan
Reyes terbunuh akibat kemalangan jalan raya berdekatan Sevilla, pada Sabtu.