Selepas direhatkan untuk satu perlawanan, jurulatih Juventus Massimiliano Allegri mengesahkan Cristiano Ronaldo akan kembali beraksi.

Ronaldo disenaraikan semula dalam kesebelasan utama, untuk aksi Serie A menentang Udinese pada Sabtu.

Allegri berkata pada satu sidang media pada Jumaat, Ronaldo "dalam keadaan baik" dan "sedia untuk muncul kembali."

Pemain kebangsaan Portugal itu sebelum ini direhatkan gara-gara tumpuan umum selepas dakwaan rogol ke atasnya didedahkan.

Dia bagaimanapun menafikan tuduhan yang dibuat Kathryn Mayorga berhubung kejadian yang didakwa berlaku di Las Vegas pada 2009.

BACA: Polis Las Vegas buka semula kes rogol Ronaldo

BACA: Majalah Jerman berdepan saman selepas lapor dakwaan wanita dirogol Cristiano Ronaldo


Allegri sebelum ini menegaskan, Ronaldo telah menunjukkan sikap profesional dalam berdepan tuduhan berkenaan.

Ronaldo berpindah ke Juventus dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai hampir 1 bilion pound Julai lalu.