CRISTIANO Ronaldo menyamai pencapaian lima gelaran Ballon d'Or yang dimiliki Lionel Messi apabila memenangi anugerah individu paling berprestij itu buat tahun kedua berturut-turut.
Pemain berusia 32 tahun itu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Bola Sepak Perancis buat tahun keempat dalam tempoh lima tahun selepas mempamerkan prestasi cemerlang pada musim 2017 dengan memenangi LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Real Madrid.
Selain itu, Ronaldo juga adalah penjaring utama dalam lima liga terbaik Eropah dengan mengumpul 366 gol pada Mei lalu untuk mengatasi rekod Jimmy Greaves.
Dua golnya dalam perlawanan UCL ke atas Juventus menyaksikan bintang Portugal itu melepasi 600 gol dalam kariernya, sementara Messi hanya mencapai angka 500 gol untuk Barcelona, enam minggu sebelumnya.
"Saya sangat gembira untuk meraih hadiah ini di Paris dan ia adalah satu pengalaman hebat," katanya. "Ia luar biasa, detik yang hebat dalam kerjaya saya. Ia sesuatu yang saya mahukan setiap tahun.
"Kami menempuh tahun yang luar biasa, saya adalah penjaring gol UCL, jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan saya.
"Dan juga terima kasih kepada semua orang yang membantu saya untuk muncul dalam keadaan yang hebat pada musim ini," katanya.
Ballon d'Or dipilih oleh juri yang terdiri daripada 173 wartawan dari seluruh dunia dan disampaikan oleh France Football -- setelah menamatkan kerjasama selama enam tahun dengan FIFA dari tahun 2009 hingga 2015.
Ronaldo dan Messi bersama-sama memegang rekod kemenangan Ballon d'Or paling banyak, masing-masing memenangi lima dan menguasai dua tempat teratas anugerah itu sejak 2008.
Selain daripada mereka berdua, pemain terakhir yang dinobatkan pemenang ialah Kaka pada 2007 dan sejak itu pasangan berkenaan telah berkembang maju dalam persaingan yang menonjolkan kehebatan satu generasi.
Bintang Portugis itu juga melahirkan hasrat untuk kekal bersama gergasi LaLiga itu dengan berkata kepada L'Equipe TV, "Saya harap dapat terus beraksi di peringkat tertinggi dalam beberapa tahun lagi.
"Perseteruan dengan Messi berterusan, kami sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan.
"Sesuatu itu berlaku bersebab. Saya berasa bagus, kita lihat apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Saya gembira di Real dan mahu kekal dan menamatkan karier saya di sini jika boleh."
Astro Arena
Fri Dec 08 2017
RONALDO: Perseteruan dengan Messi berterusan, kami sedang melakukan yang terbaik untuk pasukan. - Gambar fail
Sanusi jumpa Anwar 4 Mei, akan suarakan 'wishlist' Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mei depan.
Bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota umum bersara
Juara dunia dua kali Kento Momota berkata dia akan bersara daripada badminton antarabangsa ketika usianya kini 29 tahun.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.
Kerajaan Perpaduan umum calon minggu depan
Kerajaan Perpaduan dijangka mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu minggu depan.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
AWANI Ringkas: Calon kerajaan diumum minggu depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelantan beri kerjasama penuh jayakan sambutan Aidilfitri MADANI
Mohd Nassuruddin berkata satu mesyuarat bersama akan diadakan dalam masa terdekat bagi menentukan gerak kerja dan lokasi program berkenaan.
Zendaya hidupkan watak wirawati tenis menerusi filem Challengers
Challengers mengikuti watak Zendaya, seorang bintang tenis yang bercita-cita tinggi yang meninggalkan kerjayanya selepas kecederaan teruk.
PHAM 2024: Tengku Hassanal berkenan sertai pengalaman XR - 'Global Collaboration Village'
Kehadiran Pemangku Raja Pahang itu adalah bersempena dengan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan ke-6 (PHAM 2024).
Sanusi kahwin lagi: Antara 'Dok Pahang' dengan 'Duduk Pahang'
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan bahawa kapsyen bertulis 'Dok Pahang' yang dimuat naik di akaun FB miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat - MetMalaysia
Ketinggian letusan yang dicerap, adalah sehingga 55,000 kaki, dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Messi belum raih satu anugerah lagi
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum meraih anugerah Kaki Emas.
Ballon d'Or: Jude Bellingham dinobat pemenang Trofi Kopa
Jude Bellingham dinobatkan pemenang Trofi Kopa sebagai pemain di bawah usia 21 tahun terbaik dunia dalam Majlis Anugerah Ballon d'Or.
Messi menang Ballon d'Or untuk kali kelapan
Hanya Messi memenangi Ballon d'Or sebanyak lapan kali, Ronaldo pula meraihnya sebanyak lima kali.
Ballon d'Or: Bonmati bagaikan Zidane wanita, kata Pauleta
Bonmati memenangi Anugerah Bola Emas selaku pemain terbaik dalam kejohanan Piala Dunia Wanita.
Messi, Haaland rebut Ballon d'Or, Ronaldo tersisih
Kylian Mbappe dan Kevin De Bruyne turut dinamakan antara 30 calon untuk trofi tersebut yang akan diumumkan di Paris pada 30 Oktober.
Ballon d'Or: Lewandowski sedia hadapi cabaran Haaland selepas menang Gerd Muller Trophy
Lewandowski menerima anugerah daripada France Football, sebagai penjaring terbanyak, buat tahun kedua berturut-turut.
Ballon d'Or Feminin: Alexia Putellas pertahan gelaran di sebalik cedera ACL
Putellas memenangi anugerah pertamanya tahun lalu selepas memenangi UCL bersama Barca sebelum kembali ke final kejohanan itu tahun ini.
Messi terlepas trofi Ballon d'Or
Penghijrahan dari Barcelona ke PSG nyata tidak berbaloi buat pemain itu selepas melalui musim pertama yang kurang menyerlah.
Benzema layak menangi anugerah Ballon d'Or
Musim cemerlang bersama Madrid telah menjadikan Benzema sebagai salah satu pilihan untuk anugerah itu.