Roslinda berterima kasih dengan segala bantuan diberikan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Itu antara ucapan bekas atlet lompat bergalah negara Roslinda Samsu yang menerima Anugerah Khas Majlis Anugerah Sukan KPT 2012.

Bakal guru, Roslinda tekad mahu terus menabur bakti dalam sukan olahraga dengan mendidik pelapis baru sukan-sukan lompat bergalah.

Sepanjang 14 tahun melibatkan diri dalam sukan olahraga, bekas pelajar Universiti Putra Malaysia itu banyak mengharumkan nama negara.

Antaranya dengan memenangi pingat Emas sukan SEA empat tahun berturut-turut pada tahun 2005, 2007, 2009 dan 2011 serta mendapat pingat Perak sukan Asia Doha 2006.