Bekas pemain kebangsaan, Rudie Ramli menjaringkan dua gol untuk pasukan My Man Utd untuk menewaskan Soljabiru FC 2-0 dalam saingan pembukaan Liga Kelab Penyokong Malaysia (MFL).

Rudie menjaringkan gol pertama dalam babak pertama selepas penjaga gol Soljabiru gagal mendakap kemas bola dan gol kedua dalam babak kedua apabila menolak masuk satu hantaran silang.

Perlawanan kedua menyaksikan Malaysia Real Madrid Supporters Club (MRMSC) mengatasi All Reds Malaysia Central FC (ARM) 2-0.

Gol MRSMC dijaringkan Fikry Abd Rahim dan Azrul Tajudin.

MFL merupakan liga sosial yang dianjurkan hasil kerjasama kelab-kelab penyokong rasmi Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Sepanyol.


Perlawanan diadakan pada setiap Ahad di padang UM Park, Universiti Malaya bermula 8 malam dan terdapat dua perlawanan berlangsung setiap minggu.

Setiap perlawanan dibahagikan kepada tiga babak berdurasi 25 minit.