JURGEN Klopp percaya pemain baru Liverpool, Mohamed Salah mampu mencapai cita-citanya untuk menjulang kejuaraan di pentas tertinggi bersama Liverpool.

The Reds menyempurnakan perpindaha pemain sayap kelahiran Mesir itu dengan kontrak jangka masa panjang, dengan nilai perpindahan sebanyak EURO42 juta (RM200 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain Roma itu.

Klopp memuji kebolehan serta keinginan yang dimiliki Salah dan berasakan pemain berusia 25 tahun itu berpeluang untuk melakar kejayaan bersama Liverpool.

"Dia seorang pemain yang memiliki cita-cita yang besar dan sentiasa mahu memenangi di pentas yang tertinggi," kata Klopp.

"Saya menerima kedatangannya ke dalam keluarga kami.

Salah merupakan pemain baru kedua Liverpool bagi menghadapi musim 2017-18 selepas mereka mendapatkan khidmat penyerang muda Chelsea, Dominic Solanke.

Salah menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama ketika bersama Chelsea dan mengambil keputusan untuk kembali ke Itali bersama Fiorentina dan Roma.

"Dia merupakan pemain yang memiliki potensi dan pengalaman -- kami sangat bertuah kerana dapat membawanya ke Anfield."