KETUA jurulatih Selangor, B. Sathianathan, mengakui kesilapannya kerana terlalu mempercayai sesetengah pemain sehingga pasukannya tewas 0-2 kepada Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman pada Ahad.

Lebih perit lagi, rekod tanpa kalah mereka sepanjang tiga perlawanan lalu turut lebur di tangan skuad Lang Merah itu.

Sathianathan meluahkan kekecewaannya dengan berkata: "Ia perlawanan tertutup tetapi kami perlu menyalahkan diri sendiri.

"Kami perlu menyalahkan saya dan pemain kerana mereka tidak bermain seperti yang diharapkan.

"Mereka tidak bermain di tahap mereka," katanya.

Dalam perlawanan itu, Renan Alves meletakkan Kedah di depan pada minit ke-25 sebelum Kpah Sherman menggandakannya sebelum tamat babak pertama.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, berkata: "Kami mempunyai pemain yang baik. Kami mempunyai pertahanan yang baik ketika bertahan.

"Secara keseluruhan, saya fikir semua pemain sudah beraksi baik."