Jangan hanya salahkan Reuben pada aksi berdepan Qatar. Itulah pandangan pengendali ATM, B.Sathianathan, terhadap kelibat K-Reuben ketika membarisi skuad kebangsaan pada aksi suku kelayakan Piala Asia.

Bagi Sathianathan, tidak wajar jika hanya Reuben dipersalahkan apabila skuad negara dibolosi jaringan kedua berdepan Qatar. Baginya persefahaman antara pemain dalam skuad kebangsaan yang masih lemah perlu diutamakan.

Sathianathan juga yakin, Reuben akan bertambah matang di peringkat antarabangsa selepas aksi dengan Qatar.

Justeru, Sathianathan tetap yakin, bekas pelajar Sekolah Menengah Victoria itu mampu menjelmakan potensi yang dimilikinya, apabila dia meraih lebih banyak pendedahan di peringkat tertinggi