Pelumba elit berbasikal negara Ju Pha Som Net berikrar untuk meraih emas acara trek Omnium selepas menyumbang dua perak kepada kem negara menerusi acara lebuh raya iaitu Kriterium Wanita dan Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita pada Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).
Ju Pha, 24, berkata walaupun melalui proses latihan yang singkat kira-kira tiga bulan selepas beliau menamatkan latihan rekrut polis pada Mei lepas, kejayaannya meraih pingat untuk Malaysia suatu yang membanggakan meskipun amat berhajat kepada kilauan emas.
"Saya memang sasar emas (acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita hari ini) dan memang dah sehabis mungkin saya bagi (berusaha), (akhirnya) dapat perak juga. Tapi tak apalah, saya ada masa tiga hari untuk fokus kepada acara omnium.
"27 haribulan ini saya akan buktikan memang saya target emas dekat trek (dan) akan dapatkan satu pingat emas untuk acara terakhir saya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini selepas upacara kalungan pingat yang disempurnakan oleh Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab di Dataran Nilai, di sini.
Anak kelahiran Perlis itu berkata beliau amat berpuas hati dengan pencapaiannya bagi dua acara lebuh raya, meskipun merasakan latihan yang dijalaninya sebelum menyertai temasya dwitahunan itu belum mencukupi.
"Dalam acara lebuh raya ini, saya berpuas hati sebab saya pun memang tak cukup latihan dan daya tahan, masa berlumba pun saya merasakan kaki kejang tapi saya tetap fokus dan banyak minum air. Selepas itu hilanglah kejang itu. Saya agak gembira dapat perak.
"Sudah enam bulan berhenti (kayuh) basikal (dan) lepas itu nak mula balik dari zero sampai hari ini... nak dapat dua pingat ini susah (sebenarnya) pada saya yang jalani latihan dalam masa singkat. Ini yang saya mampu untuk acara lebuh raya tapi dalam trek, saya percaya boleh dapat emas,"katanya.
Pada acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita, Ju Pha meraih perak, emas milik juara bertahan Nguyen Thi That daripada Vietnam dan gangsa milik Priatna Ayustina Delia daripada Indonesia.
Ketiga-tiga mereka merekodkan masa yang sama iaitu 3:14:16s dan keputusan ditentukan secara 'photo-finish".
Pada acara yang melibatkan jarak sejauh 101.5 kilometer itu, seramai 13 peserta mengambil bahagian acara Lepas Beramai-Ramai Individu Wanita daripada negara peserta Vietnam, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Singapura.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara Lepas Beramai- Ramai Individu Wanita adalah pada temasya Sukan Sea 2005, di Manila, Filipina menerusi Nor Azian Alias.
Pada edisi ke-28 di Singapura pada 2015, Thi That meraih pingat emas acara berkenaan dan pelumba negara Nurul Shuhada Zainal menghadiahkan gangsa kepada kem negara manakala Ju Pha sekadar meraih tempat ke-12, selepas terlibat kemalangan ketika perlumbaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2017
Ju Pha amat berpuas hati dengan pencapaiannya bagi dua acara lebuh raya, meskipun merasakan latihan yang dijalaninya sebelum menyertai temasya dwitahunan itu belum mencukupi. Foto Astro ARENA
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
Saya akan cuba hadiahkan emas acara Omnium - Ju Pha
Walaupun melalui proses latihan yang singkat selepas menamatkan latihan rekrut polis pada Mei, kejayaan meraih pingat untuk Malaysia suatu yang membanggakan meskipun amat berhajat kepada kilauan emas.