PEMAIN baru termahal Barcelona, Philippe Coutinho, mengucapkan salam perpisahan kepada penyokong Liverpool selepas merealisasikan impian perpindahannya ke Camp Nou, semalam.
Kelab gergasi Catalan itu mengumumkan telah memeterai perjanjian dengan Coutinho pada Sabtu dan pemain Brazil berkenaan menjalani rawatan perubatannya serta secara rasminya menandatangani kontrak, dua hari kemudian.
Pemain tengah itu dilaporkan menyertai Barca dengan perpindahan bernilai €160 juta (RM766.7j) , sekaligus menjadikan dia pemain ketiga termahal dalam sejarah selepas Neymar dan Kylian Mbappe.
Penampilan Coutinho di Barca bakal tertangguh ekoran kecederaan paha yang dialaminya ketika ini, namun pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan telah mengeluarkan sebanyak £10j (RM54.3j) wangnya sendiri untuk membantu proses perpindahannya.
Sebaik selesai mengesahkan perhijrahannya ke pendahulu LaLiga itu, Coutinho mengucapkan selamat tinggal kepada Liverpool, peminat, kakitangan dan pengurus kelab, Jurgen Klopp, melalui akaun Instagram rasminya.
"Semenjak tiba di Liverpool, saya dan keluarga berasa sangat gembira dan memiliki ramai kawan," kata Coutinho.
"Di lapangan dan di luar padang, kami melalui keindahan di kelab ini dan peminatnya. Saya berharap berjaya menyampaikan kenangan dan detik yang membawa kebahagiaan kepada penyokong Liverpool.
"Berpindah ke Liverpool, saya tahu kehebatan dan sejarah kelab ini tetapi apa yang saya pelajari adalah keunikan hati dan jiwa di sana, ia mempunyai personaliti dan wataknya sendiri."
Coutinho menjaringkan 41 gol dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang dia berada di Anfield, begitupun pemain tengah itu menegaskan dia tidak dapat menolak peluang ke Barcelona.
"Saya meninggalkan Liverpool kerana Barcelona adalah impian saya," kata Coutinho. "Liverpool adalah impian dan saya cukup beruntung untuk menyedarinya dan saya diberi masa lima tahun untuk memburunya.
"Saya berharap kerjaya di Barcelona bertahan lama seperti mana saya di Liverpool kerana saya mahukan pengalaman itu dan menikmatinya ketika saya cukup bertuah dapat melakukannya.
"Saya berharap penyokong memahami bahawa memilih untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru bukanlah disebabkan mereka kurang menunjukkan sokongan kepada saya atau kepentingan kelab. Tiada apa-apa pun yang akan menggugat perasaan saya.
"Saya berharap Jurgen dan pasukannya tidak akan apa-apa selain kegembiraan dan kejayaan sepanjang musim ini dan seterusnya. Ini adalah pasukan yang hebat dan mereka semakin baik dan lebih baik sepanjang masa.
"Terdapat terlalu ramai orang yang ingin saya sebutkan tetapi saya tidak boleh menamakan setiap orang secara individu. Kepada semua kakitangan mengagumkan kelab ini yang telah menjadi sebahagian daripada hidup saya di Liverpool, saya akan merindui anda. Buat pemilik kelab yang berusaha keras untuk menghadirkan kejayaan, terima kasih kerana menaruh kepercayaan kepada saya sehingga membawakan saya ke mari serta memberi penghargaan kepada saya sepanjang perjalanan itu.
"Dan rakan sepasukan saya, masa lalu dan semasa yang telah membantu saya berkembang dan bertambah baik sebagai seorang pemain dan individu, Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Apa sahaja yang saya telah dapati di sini mungkin tidak berlaku tanpa anda.
"Dan akhir kata, kepada orang-orang yang paling penting di Liverpool -- penyokong Liverpool. Saya tidak dapat membalas apa yang telah anda berikan kepada saya pada masa ini dan tidak kira di mana saya pergi di dunia ini, sepanjang hayat saya, saya akan sentiasa menghargai Liverpool di dalam hati saya. Anda, kelab dan bandar ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada saya.
"'You'll Never Walk Alone'.
"Philippe."
Astro Arena
Tue Jan 09 2018
Philippe Coutinho (kanan) dan Presiden Kelab Bola sepak Barcelona Josep Maria Bartomeu bergambar dengan t-shirt pasukan itu di Camp Nou, Barcelona, 8 Jan, 2018. REUTERS
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
Penenun dari Sarawak tidak sangka dapat ke Barcelona dengan songket tenunannya
Ramtiniwaiti Ramlee, 38, bangga apabila mendapat jemputan daripada Nadi untuk mewakili negara di ibu kota wilayah Catalonia.
Barcelona jadi tumpuan 100,000 pemain industri teknologi global pada MWC 2024
Barcelona akan menyaksikan ratusan perbincangan, rangkaian, forum dan demonstrasi untuk mereka yang terlibat dalam teknologi mudah alih pada MWC 2024.
Barisan kejurulatihan Harimau Malaya buat lawatan teknikal ke Sepanyol
Kunjungan tersebut memberi peluang buat mereka menyaksikan sesi latihan pasukan utama FC Barcelona dan melawat fasiliti latihan kelab berkenaan.
Shakira 'diserang' babi hutan ketika berjalan bersama anak di Barcelona
Shakira merupakan mangsa terkini tabiat agresif babi hutan yang semakin 'menakluki' bandar raya itu.
UCL: Pemain Barcelona lain akan menyerlah tanpa Messi - Nagelsmann
Nagelsmann tidak percaya perpindahan Messi ke PSG sama sekali akan melemahkan Barca memandangkan masih ramai lagi pemain berkaliber.
Lionel Messi kini ejen bebas
Kontrak pemain itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.
Kumpulan raver Barcelona nikmati muzik acara disko senyap, tetap jaga penjarakan fizikal
Para penggemar muzik itu menyambut hari pertama musim bunga dengan memakai set fon kepala seterusnya memulakan aksi gerak tari masing-masing.
Salah mahu kekal di Liverpool selama mungkin
Penyerang itu masih mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2023.
Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT tekad bangkit cemerlang di Catalunya GP
Quartararo yakin untuk sekali lagi mempamerkan persembahan memberangsangkan.
Messi ke Bayern? Kami tak mampu dapatkannya - Rummenigge
Messi, 33, kelihatan akan meninggalkan skuad Blaugrana itu selepas 19 tahun bersama kelab berkenaan.