Tiada istilah damai bagi pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengenai konfliknya dengan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen.
Sebaliknya, Chong Wei berkata beliau kini berasa lebih lega selepas dapat meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap Frost yang terpendam selama setahun setengah dan kini hanya mahu fokus dengan pemulihan kecederaan lututnya.
"Selama setahun setengah saya simpan semua ini. Saya sudah beritahu apa yang saya rasa terhadap Frost...sukar bekerjasama dengan dia. Kini saya lega dapat luahkan semuanya.
"Saya tidak akan lupa apa yang dilakukan kepada saya. (Berdamai) mungkin susah sikit, selama 18 tahun bersama BAM, tiada seorang jurulatih sanggup melakukan perkara ini kepada saya...tidak pernah saya kata tidak kepada semua keputusan BAM," katanya kepada pemberita.
BACA: Saya bukan besar kepala - Chong Wei
BACA: Chong Wei, Frost profesional dalam tangani konflik - BAM
Beliau berkata demikian selepas melancarkan kedai telekomunikasi XOX Space di Sunway Pyramid di sini hari ini.
Chong Wei menjelaskan beliau tidak mahu memikirkan mengenai tindakan seterusnya terhadap Frost dan menyerahkan kepada badan induk badminton negara untuk menyelesaikannya.
Pemain nombor satu dunia itu baru-baru ini meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana tercabar dengan tindakan Frost yang seakan tidak sabar mahu beliau bersara.
Mengulas mengenai peluangnya beraksi di Kejohanan Seluruh England bulan depan, Chong Wei memberi reaksi positif namun menjelaskan ia bergantung kepada tahap kecergasan serta pemulihan lututnya.
"Sekarang adalah tempoh pemulihan kecederaan. Setakat ini saya gembira dengan perkembangan positif kecederaan ini. Seluruh England adalah antara kejohanan kegemaran saya.
"Masih ada masa dalam lebih dua minggu, saya masih belum turun gelanggang untuk latihan kerana masih sakit dan fobia, tetapi saya akan cuba," katanya.
Chong Wei diletakkan sebagai pilihan utama di Seluruh England yang akan berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham dari 7 hingga 12 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017
Tiada istilah damai bagi pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei mengenai konfliknya dengan Morten Frost Hansen. - Gambar fail
AWANI Tonight: Govt to draft MoU on allocations for opposition MPs
The government has agreed in principle to consider extending similar annual allocations to elected representatives from the opposition, with a draft memorandum of understanding (MoU) to be drawn up soon.
AWANI Tonight: Building climate resilient communities
With the effects of climate change worsening over time, Junior Cho of Zurich Malaysia shares about building sustainable communities that are climate-resilient through the Urban Climate Resilience Programme.
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Badminton: Tiket Masters Malaysia dijual mulai Isnin ini
BAM juga telah memperkenalkan kategori 'Platinum' untuk tiket harian dan bermusim dengan menggantikan kategori 'Superfan'.
Kesihatan Tze Yong jadi keutamaan BAM - Norza
Norza berkata, Tze Yong diberikan ruang untuk kembali pulih sepenuhnya terlebih dahulu.
Tze Yong alami kecederaan tulang belakang - BAM
BAM kini memantau tindak balas Tze Yong terhadap suntikan yang diberikan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN) pada minggu lepas.
BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.
BATC 2024: Tze Yong tarik diri, Zii Jia tidak sihat
Kem badminton negara dilanda khabar sedih apabila dua pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada BATC 2024 hari ini.
Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.
BATC 2024: Sze Fei-Nur Izzuddin tekad balas kepercayaan BAM
Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, BAM mempertaruhkan Aaron-Wooi Yik serta pasangan meningkat naik, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
BAM gugurkan Justin Hoh daripada skuad BATC
Leong Jun Hao akan menggantikan Justin pada kejohanan itu yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City mulai 13 hingga 18 Feb.