Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan tindakannya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) adalah demi kelangsungan dan meningkatkan mutu bola sepak negara.
Tunku Ismail dalam kenyataan MFL hari ini menjelaskan keputusan tersebut diambil selepas pelbagai pihak termasuk penaja serta rakan kongsi Liga Malaysia (Liga-M) menggesa baginda untuk turut sama menjawat jawatan pengerusi MFL.
Menurut Tunku Ismail, keputusan meninggalkan kerusi panas itu selepas hanya 365 hari bukan satu perkara yang mudah, namun ia terpaksa diambil untuk memberikan komitmen dan fokus sepenuhnya kepada satu-satu perkara.
"Semasa saya menjadi Presiden FAM, matlamat dan agenda saya hanya satu iaitu mencipta dan menstruktur semula sistem supaya peranan FAM adalah untuk menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa status disiplin dan sebagainya untuk lebih kepada formal di mana bukan fokus khusus kepada liga.
"Jika lihat negara yang berjaya, badan induk mereka ada peranan tersendiri tetapi yang menguruskan liga adalah badan bebas. Jadi selepas membuat perancangan mewujudkan MFL, ramai yang inginkan saya berada di MFL tetapi saya tidak boleh memegang dua jawatan dalam satu masa," titah baginda.
BACA: MFL tidak ada agenda tertentu dalam isu lambat serah geran tahunan - TMJ
Tunku Ismail mendakwa baginda meninggalkan pucuk kepimpinan badan induk itu dalam posisi terbaik dan membelanjakan wang sendiri sebanyak RM12 juta dalam tahun pertamanya di FAM selain turut bantu menjelaskan saman terhadap FAM berjumlah RM1.4 juta.
"Saya telah selesaikan semua hutang FAM dan saya tidak tinggalkan FAM tanpa berbuat apa-apa. Saya tinggalkan FAM kerana ada peranan dan misi lebih besar di MFL. Jadi apa yang telah saya buat untuk FAM adalah lebih kepada sistem penstrukturan dan menjelaskan hutang-hutang FAM.
"Saya telah berbelanja RM12 juta dalam tahun pertama di mana ketika itu FAM tiada duit. Dalam masa sama saya juga selesaikan kes di mana FAM akan disaman Euro1.4 juta (RM6.5 juta) dan akhirnya dapat dikurangkan kepada Euro300,000 (RM1.4 juta) di mana saya gunakan duit saya dahulu kerana FAM tiada bajet," titah baginda.
Tunku Ismail yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) dipilih sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 dan melepaskan jawatannya itu pada 25 Mac 2018.
Pada masa sama, Tunku Ismail menjelaskan pihak MFL sedang berusaha keras untuk membawa penaja dari luar negara untuk datang melabur di dalam kancah bola sepak tempatan.
"InsyaAllah kita akan ada syarikat daripada luar negara dan saya tak boleh sebut nama syarikat tersebut kerana kita perlu mendapat pengesahan dahulu dan keyakinan daripada mereka untuk menaja bola sepak tanah air kita," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2019
Tunku Ismail mendakwa baginda meninggalkan pucuk kepimpinan badan induk itu dalam posisi terbaik dan membelanjakan wang sendiri sebanyak RM12 juta dalam tahun pertamanya di FAM. - Gambar fail
AWANI Pagi: Mengurus tenaga pada bulan Ramadan
Cuaca panas ketika Ramadan adakalanya menyebabkan penggunaan tenaga pada tahap tinggi. Ketahui tips-tips menguruskan tenaga pada bulan Ramadan, bersama Kamal Arifin A. Rahman, Ketua Pegawai Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB).
#AWANIPagi #AWANInews
#AWANIPagi #AWANInews
Bomba pujuk lelaki kurang siuman baring atas bumbung rumah
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 Mac 2024]
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Netizen ungkit kisah perkahwinan Sandra Dewi dan suuami di Disneyland serta hadiahkan anak jet peribadi.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya diselamatkan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.