Kehangatan persaingan perlumbaan kereta berprestij, Formula Satu (F1) di Litar Sepang pada hujung minggu lepas akan tinggal sebagai memori terindah kepada para peminat sukan permotoran selepas 19 tahun penganjurannya di Malaysia.
Penganjuran terakhir Ahad lepas menyaksikan kedatangan penonton seramai 110,604 orang dalam tempoh tiga hari, sekali gus melepasi jumlah yang disasarkan iaitu lebih 102,000 penonton dan daripada jumlah itu, seramai 56,015 penonton hadir pada hari perlumbaan.
Edisi ke-19 perlumbaan berprestij itu mendapat sambutan menggalakkan khususnya daripada penonton asing, berbanding peminat permotoran tempatan,
"Pihak Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menerima maklum balas yang cukup positif daripada agensi-agensi di luar negara mengenai pakej penjualan tiket yang dibuat. Namun bagi pasaran tempatan, agak kurang memberangsangkan dan seperti kebiasaannya, menunggu hingga ke saat akhir," kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali kepada Bernama.
Penganjuran F1 di Sepang yang menyaksikan acara hebat serta mengujakan sejak 1999 itu berakhir penuh sentimental, mengukir sejarah litar perlumbaan yang mencabar bukan sahaja dari segi reka bentuk trek perlumbaan tetapi juga cuaca tidak menentu untuk meletakkan Malaysia di peta dunia dalam sejarah penganjuran Formula 1.
Bagaimanapun, ramai peminat yang mahukan kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula penamatan penganjuran sukan berprestij, yang dilakukan atas faktor ekonomi.
Peminat tegar F1 dari Australia, Simon Anderson ketika ditemui Bernama melahirkan rasa hampa kerana kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak meneruskan GP F1 Malaysia bermula tahun hadapan.
"Ia berita sedih...Malaysia GP adalah yang termurah dalam kalangan negara Asia lain yang menganjurkan perlumbaan ini. Kerajaan perlu memikir semula keputusan ini, " kata pemuda berusia 23 tahun dari Sydney itu.
Katanya penganjuran Malaysia GP sentiasa penuh dengan keterujaan dan adakalanya tidak dapat diduga kerana keadaan cuaca yang panas dan lembap.
Begitu juga dari sudut pandangan pemandu F1 sendiri, ada yang menyukai dan tidak kurang juga tidak menggemarinya kerana ia adalah perlumbaan paling mencabar dari segi reka bentuk litar dan faktor cuaca.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Chase Carey berkata pihaknya berterima kasih kepada Malaysia kerana berjaya mengembangkan populariti sukan permotoran itu di rantau Asia Tenggara.
"Kami mengakui persaudaraan (mereka yang terlibat dalam) F1 akan kehilangan kehebatan Malaysia GP. Kami mempunyai sejarah hebat di sini," kanya yang menggantikan bekas supremo Bernie Ecclestone pada Januari lepas.
"Tetapi perubahan adalah sebahagian daripada hidup. Kami sebenarnya sangat gembira dengan peluang yang kami miliki di Asia secara umumnya. Kami mempunyai beberapa tempat yang menarik dan peluang baharu untuk terus mengembangkan sukan ini," katanya.
Litar sepanjang 5.543 kilometer (km) itu mempunyai identiti tersendiri dengan lapan laluan lurus termasuk dua laluan panjang untuk memberi kelajuan tinggi.
Sementara lebar litar ini adalah 16 meter yang membolehkan peluang mencukupi untuk pelumba memotong.
Litar itu direka cipta oleh arkitek dari Jerman, Hermann Tilke, dibuka secara rasmi pada 7 Mac 1999 oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan perlumbaan GP F1 Malaysia yang pertama diadakan di litar itu ialah pada 17 Okt tahun sama.
Tilke juga mereka bentuk litar F1 di Shanghai (China), Shakir (Bahrain), Istanbul (Turki), Velencia (Sepanyol), Marina Bay (Singapura), Yas Marina (Abu Dhabi), Yeongnam (Korea Selatan), Greater Noida (Uttar Pradesh) dan Austin (Texas).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan penamatan kontrak penganjuran perlumbaan F1 tidak akan menjadikan litar berkenaan sebagai projek gajah putih kerana pelbagai sukan permotoran lain akan dibangunkan.
Dalam sidang medianya semasa menyaksikan perlumbaan terakhir F1 di Litar Sepang, beliau berkata kerajaan meletakkan matlamat untuk sukan permotoran lain dibangunkan bagi menyaksikan lebih banyak penyertaan warga tempatan sebagai pelumba.?
Menurutnya, pihak kerajaan dan menerusi promoter perlumbaan, SIC, kini dalam proses menyusun acara lain untuk diadakan di litar itu.
Najib menegaskan kontrak yang terpaksa ditamatkan berikutan penurunan ketara hasil pulangan kepada negara berbanding kos penganjurannya, tidak bermakna penganjuran F1 tidak boleh dipertimbangkan pada masa depan, dengan syarat keadaan ekonomi adalah baik.
SIC sudah mempunyai beberapa perancangan untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan yang ada untuk aktiviti permotoran sama ada bertaraf antarabangsa mahupun tempatan.
Pengerusi SIC Tan Sri Azman Yahya berkata antara aktiviti yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat ialah pemasangan lampu limpah bagi tujuan perlumbaan malam, dengan projek pemasangan dijadual siap sepenuhnya awal tahun hadapan.
Pada masa ini, SIC memberi tumpuan kepada penganjuran perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2017
Litar sepanjang 5.543 kilometer (km) itu mempunyai identiti tersendiri dengan lapan laluan lurus termasuk dua laluan panjang untuk memberi kelajuan tinggi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
Haji furada: Syarikat pelancongan diperintah bayar RM634,000 kepada 25 bekas pelanggan
Kesemua 25 individu selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.
Kerajaan Pahang pertimbang bonus raya penjawat awam - MB
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kedudukan kewangan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimuktamad.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Verstappen ganti Hamilton musim depan?
Toto Wolff mendedahkan buat pertama kali bahawa dia berbesar hati untuk menerima kehadiran Max Verstappen menyertai pasukan Mercedes.
F1: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner bebas daripada dakwaan
Christian Horner akan meneruskan tanggungjawab sebagai ketua pasukan F1 Red Bull selepas dibebaskan daripada dakwaan salah laku.
F1 beri kata dua buat Red Bull Racing!
Pihak Formula 1 masuk campur dengan memberi tempoh buat RBR selesaikan kemelut melanda sebelum ia mengganggu persiapan menjelang GP Bahrain.
Pelumba F1 bimbang terhadap kenaikan kadar denda oleh FIA
Lewis Hamilton serta seluruh pelumba Formula 1 boleh dikenakan denda sehingga 1 juta euro berikutan perubahan drastik terhadap peraturan sukan itu.
F1: Hamilton mampu atasi Schumacher dengan gelaran F1 kelapan - Andretti
Mario Andretti tidak percaya Hamilton melakukan kesilapan apabila menyerahkan masa depannya kepada Mercedes.
F1: Alonso puji Verstappen sebagai pemandu terbaik selepas Schumacher
Verstappen hanya perlu mengumpul tiga mata dalam perlumbaan pecut Sabtu ini di Qatar bagi melengkapkan hatrik gelaran dunia.
F1: Verstappen sambar petak pertama GP Jepun
Max Verstappen pamer pemanduan bertenaga untuk menyambar petak pertama untuk perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Jepun.
Carlos Sainz Ferrari muncul juara Grand Prix F1 Singapura
Carlos Sainz melakar kemenangan untuk Ferrari dalam Grand Prix Formula 1 Singapura 2023.
F1: Max Verstappen terus bergelut di GP Singapura, mulakan saingan di tempat ke-11
Max Verstappen akan memulakan perlumbaan Grand Prix Singapura malam ini dari tempat ke-11.
F1: Verstappen cipta sejarah, lakar kemenangan ke-10 berturut-turut
Verstappen di belakang Carlos Sainz selama 14 daripada 51 pusingan di Monza sebelum berhempas pulas melepasi pelumba jentera Ferrari itu.