Selepas menjuarai Piala Malaysia 2015, Kapten Selangor, Shahrom Kalam mahu pasukannya ikut jejak langkah Johor Darul Takzim (JDT) dalam mencipta impak pada saingan Piala AFC musim depan.

Tidak sangka rezeki datang bergolek apabila layak ke saingan Piala AFC, Shahrom meletakkan harapan tinggi bagi Selangor untuk beraksi cemerlang tahun depan.

Pastinya kejayaan JDT musim ini menjadi penanda aras baharu iaitu pasukan bola sepak Malaysia juga mampu bersaing dengan pasukan kelab dari luar.

"Keinginan kami berbeza dengan penyokong yang pastinya meletak harapan lebih tinggi, bagi saya itu bukan tekanan sebaliknya kami perlu berikan yang terbaik dalam satu demi satu perlawanan," katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan Bunyamin Omar turut teruja untuk menyaksikan the Red Giants beraksi di pentas Piala AFC.

Malah, dengan kehadiran barisan pemain-pemain baru dalam skuad musim depan, harapannya agar Selangor dapat mengekalkan komitmen yang ditampilkan musim ini.

"Saya mengharapkan satu pesaingan sihat untuk Selangor bukan setakat di Liga M tetapi juga di AFC.

Kami akan cuba bersaing dengan kelab luar untuk buktikan kami mampu bersaing diperingkat tinggi," jelasnya