Juara bertahan, Sepanyol tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2014 selepas tewas 0-2 kepada Chile dalam perlawanan Kumpulan B.

Sepanyol yang dibelasah 1-5 oleh Netherlands dalam perlawanan pertama sangat memerlukan kemenanagan bagi menghidupkan peluang untuk bersaing merebut tempat ke pusingan kedua.

Pengendali Sepanyol, Vicente Del Bosque nyata mengekalkan kesebelasan yang agak sama sambil meletakkan Diego Costa dibahagian serangan namun asakan demi asakan ke kubu Chile masih gagal menghasilkan jaringan.

Sebaliknya, Chile yang sekali-sekala menyerang berjaya memanfaatkan peluang yang ada dan membuka jaringan melalui Eduardo Vargas.

Spain

Penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila kesilapannya menepis bola sepakan Alexis Sanchez menyebabkan bola tersebut di kaki pemain tengah Chile, Charles Aranguiz yang tenang merembat bola tersebut menewaskan Casillas.

Netherlands' Memphis Depay celebrates his team's 3-2 victory over Australia during the group B World Cup soccer match between Australia and the Netherlands at the Estadio Beira-Rio in Porto Alegre, Brazil, Wednesday, June 18, 2014.  (AP Photo/Jon Super)

Dalam satu lagi perlawanan sebelum itu, Netherlands berjaya layak ke peringkat pusingan kedua selepas dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 3-2 keatas Australia.

Netherlands yang dilihat sebelum ini berkemungkinan dapat mencapai kemenangan dengan mudah ternyata diberikan saingan yang hebat oleh Australia.

Gandingan tiga serangkai Netherlands, Robin van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder nyata menggugat pertahanan Australia yang diterajui Matthew Spiranovic dan Alex Wilkinson.


Namun, Robben berjaya memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-20 sebelum dibalas oleh Austalia dengan satu jaringan ‘volley’ yang cantik dari Tim Cahill.

Australia kemudian berjaya mendahului pada babak kedua perlawanan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas bola tendangan Matt McKay terkena tangan pertahanan Netherlands, Daryl Janmaat dalam kotak penalti.

Ketua pasukan Australia, Mile Jedinak menyempurnakan sepakan penalti itu dan Netherlands menyamakan semula kedudukan kepada 2-2 apabila van Persie mudah merembat masuk bola hantaran pemain gantian, Memphis Depay.

Kemasukan Depay banyak mengubah hala tuju permainan apabila jaringannya berjaya membawa Netherlands mendahului 3-2 dan keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Netherlands dan Chile akan bertemu pada untuk perlawanan terakhir kumpulan manakala Sepanyol pula akan melengkapkan saingan bertemu Australia pada 24 Jun.

Dengan keputusan ini, Netherlands dan Chile layak ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 manakala, Sepanyol dan Australia tersingkir daripada saingan Piala Dunia.

PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: Memphis Depay (Netherlands) dan Eduardo Vargas (Chile)