SERENA Williams membuktikan bahawa usia bukanlah alasan untuk tidak berjaya dalam bidang yang kita ceburi.
Ini dibuktikan oleh Williams pada usia 36 tahun, dia masih berjaya untuk bermain pada tahap yang tertinggi dalam kejohanan tenis profesional.
Semalam, Williams melepasi halangan pertama dalam kejohanan Terbuka Perancis, selepas menewaskan Kristyna Pliskova, 7-6 (7-4), 6-4.
Dalam tweet yang dikongsinya hari ini, Williams menyifatkan penampilannya semalam sebagai mengenakan sut adi wira dari filem Black Panther, terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU), sambil berharap menjadi inspirasi kepada ibu-ibu yang menghadapi kesukaran semasa mengandung dan melahirkan anak.
Williams adalah salah seorang daripada ibu yang menghadapi komplikasi tersebut sepanjang 12 bulan sebelum kembali ke dunia tenis.
Lebih menyukarkan misi pemain Amerika Syarikat itu tahun ini ialah, dia terpaksa turun ke kejohanan sebagai pemain bukan pilihan, walaupun mengambil ‘cuti’ daripada tenis sebagai pemain nombor satu dunia pada Februari 2017.
Williams hanya bermain empat perlawanan sebelum pusingan pertama di Roland Garros semalam dan turun sebagai pemain ranking ke-453 dunia.
Ramai yang berpendapat Persatuan Tenis Wanita Antarabangsa (WTA) perlu memberi perlindungan dari segi ‘seeding’ kepada Williams dalam kejohanan itu kerana sebelum berehat, dia merupakan pemain wanita nombor satu dunia.
Nasib Williams berbeza dengan Victoria Azarenka, yang kalah dalam pusingan pertama pada Isnin, selepas berehat panjang semasa mengandung dan melahirkan anak pada Disember 2016.
Namun perjalanan Williams masih lagi jauh dan sudah pasti ramai peminat-peminat Williams yang berharap dia akan terus memberi inspirasi kepada kaum wanita, khususnya kaum ibu di seluruh dunia.
Ian Johan Ariff
Wed May 30 2018
Serena Williams harap menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di seluruh dunia. - Gambar fail.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Wakanda Forever! Montaj khas Black Panther hadiah Disney buat Chadwick Boseman
Ia merupakan sebagai satu tanda penghormatan kepada Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser usus.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.
'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis
Kematian Boseman diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau seorang legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu.
'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
Apakah filem yang perlu kita nantikan bagi Fasa Empat selepas Infinity Saga dan Thanos?
Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther, The Favourite, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.
Terlebih sendat, Serena Williams dilarang pakai seragam 'Black Panther'?
Jika diikutkan sebelum ini sudah heboh yang mengkritik penampilan terbaharu jaguh tenis dunia Serena Williams yang lagaknya seperti seorang wirawati.
Serena Williams harap jadi inspirasi kepada ibu di seluruh dunia
Williams buktikan usia dan status sebagai ibu bukan halangan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Cayalah! Hero Black Panther akui belajar Silat Harimau untuk aksi tempur
Filem Black Panther terbitan Marvel Studios punya kaitan dengan seni mempertahankan diri Nusantara iaitu silat.
Hebatnya penangan Black Panther, sampai Michelle Obama turut teruja
Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.