BINTANG tenis Amerika Syarikat, Serena Williams akan membuat kemunculan semula di Kejohanan Tenis Dunia Mubadala, Abu Dhabi, Sabtu depan, selepas empat bulan melahirkan bayinya, Alexis Olympia Ohanian September lalu.

Beliau dijangka berdepan juara Terbuka Perancis, Jelena Ostapenko.

Pertemuan kedua-dua pemain ini adalah bagi perlawanan pertunjukan.

Serena, 36 tahun, tidak beraksi sejak menang terbuka Australia Januari lalu, ketika hamil enam bulan.

Serena, bekas pemain nombor satu dunia, dan memegang rekod 23 kemenangan Grand Slam juga umum mahu kembali rebut kejuaraan Terbuka Australia bulan depan.

Pengarah Terbuka Australia, Craig Tilley mengesahkan Serena yang kini berada di ranking ke-22, tidak memerlukan 'wild card' untuk beraksi di kejohanan itu.