Jaguh tenis Amerika Syarikat, Serena Williams muncul juara Terbuka Australia selepas menewaskan pemain Rusia, Maria Sharapova 6-3, 7-6 (7/5) dalam perlawanan yang berlangsung di Melbourne pada Sabtu.

Kemenangan itu lebih bermakna buat pemain nombor satu dunia dunia itu yang memintas jaguh lampau, Martina Navratilova dan Chris Evert dengan mengumpul gelaran ke 19 Grand Slam.

Ia hanya kurang tiga kejuaraan berbanding Steffi Graf yang berjaya memungut 22 kejuaraan Grand Slam.

Kemenangan turut melebarkan rekod kemenangan Serena ke atas musuh ketatnya, Sharapova iaitu dengan 16 kemenangan berturut-turut dalam pertemuan kedua-duanya.