MENYERTAI Real Madrid dan bukannya cuba menjadi inspirasi kepada kejayaan Liga Juara-Juara di Paris Saint-Germain (PSG) akan melihat Neymar seperti mengelak "cabaran sebenar", menurut bekas rakan sepasukannya, Thiago Motta.
Neymar menandatangani kontrak dengan PSG dari Barcelona bernilai 222 juta Euro (RM1 bilion) pada permulaan musim.
Ada yang mendakwa dia adalah jawapan kepada teka-teki dalam obsesi PSG terhadap kejayaan Liga Juara-Juara Eropah, tetapi untuk tahun kedua berturut-turut mereka gagal melepasi pusingan 16.
Walaupun secara konsisten berada dalam skuad utama, menjaringkan 19 gol dan membuat 13 bantuan gol dalam Ligue 1 sebelum kecederaan menamatkan musimnya pada Februari lalu, Neymar sering kali terganggu dengan laporan yang mendakwa dia mahu berpindah ke Real Madrid.
Tetapi Motta, yang dijangka menjadi jurulatih skuad bawah 19 tahun PSG, menasihatinya agar menolak perpindahan itu, menganggap menyertai Madrid adalah keputusan yang mudah.
Bercakap kepada Le Parisien, Motta berkata: "Saya fikir dia (Neymar) adalah bos (kepada nasibnya). Dia mampu membuat keputusan sendiri. Saya mungkin salah tetapi itulah yang saya lihat.
"Bagi saya, dia akan kekal musim depan. Kita dengar tentang Real Madrid, tetapi apa yang akan dia lakukan di sana? Real baru saja memenangi tiga Liga Juara-Juara berturut-turut.
"Apa yang akan menjadi cabaran baginya? Jika dia minta nasihat saya, saya akan beritahunya jangan pergi ke sana. Cabaran sebenar untuk Neymar adalah memenangi Liga Juara-Juara dengan PSG."
Astro Arena
Wed May 30 2018
Neymar menandatangani kontrak dengan PSG dari Barcelona bernilai 222 juta Euro (RM1 bilion) pada permulaan musim. - Gambar fail
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mat Yo kongsi ilmu, terokai bidang kejurulatihan
Bekas bintang Kelantan dan JDT itu dilantik penolong pengendali skuad B-23 Kuala Lumpur City Extension bagi saingan 2024/25.
Ibu label jurulatih rasis, Joo Ngan tampil beri penjelasan
Nor Azila meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih tersebut umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.
KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Bekas jurulatih Vietnam dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan kebangsaan Republik Korea
Lee akan membantu Hwang Sun-hong dalam dua perlawanan menentang Thailand pada kelayakan Piala Dunia 2026, 21 dan 26 Mac ini.
Tinggalkan Manchester demi Minnesota
Kehadiran Ramsay kelahiran Wales itu menyaksikan beliau merupakan ketua jurulatih termuda saingan Liga Bolasepak Utama (MLS) AS.
Perkara akan jadi berbeza jika Christian Brooker masih ada - Dhabitah
Nur Dhabitah terkilan di atas perkara luar kawalan kem terjun negara yang menyumbang kepada prestasi merudum termasuk kehilangan jurulatih dari Australia, Christian Brooker.
Hormati strategi Pan Gon - Bekas jurulatih kebangsaan
"Beliau (Pan Gon) ada caranya tersendiri. Sebagai seorang jurulatih, bukan etika kita nak ulas taktikal jurulatih lain."