Pita Taufatofua tahu apa yang penonton mahukan, dan dia tidak gentar untuk berikan kepada mereka.

Pada majlis penutup Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang, pemain ski dari Tonga itu ‘memukau' para penonton dengan penampilan separuh bogelnya dan memastikan upacara itu terus ‘panas’ dalam suasana dingin.

Aksi Pita Taufatofua yang memukau para penonton pada upacara penutup Sukan Olimpik Musin Sejuk - Foto: Reuters

Untuk beberapa ketika menayangkan sosok sasanya itu, Taufatofua kembali menyertai atlet lain menyarung jaket tebal kerana tidak tahan dek cuaca sejuk yang ekstrem.

Pembawa bendera Tonga itu mula dikenali dua tahun lalu sebagai atlet taekwondo pada Olimpik Musim Panas di Rio, Brazil.

Atlet taekwando dan ski ini mula dikenali 2 tahun lalu semasa Olimpik Musim Panas di Rio, Brazil. - Reuters

Sejak itu, dia terus menjadi perhatian ramai yang kagum dengan badan sasanya.

Tahun ini, Taufatofua sekali lagi mencipta nama dengan mengakhiri satu lagi Olimpik yang tidak dapat dilupakan.

Pembawa bendera Tonga ini juga 'memanaskan' suasana musim sejuk itu pada upacara pembukaan Olimpik Musim Sejuk  Pyeongchang. - Foto: Reuters

Minggu lalu, dia berkata dia berlumba untuk bukan untuk tempat yang terakhir. Betul. Dia menduduki tempat ke 114 daripada 119 dalam 15km acara bebas.

Dengan penampilan itu, Taufatofua sekali lagi berjaya memahatkan ingatan penonton terhadapnya.

Pita Taufatofua berjaya menduduki tempat ke 114 daripada 119 dalam 15km acara bebas (ski) - Foto: Reuters