BRIGHTON 0-1 LIVERPOOL
LIVERPOOL bangkit kembali daripada kekalahan pertama dalam Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City dua minggu lepas dengan menewaskan Brighton & Hove Albion 1-0.
Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-50, selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang hambar dalam babak pertama.
Liverpool menguasai 70% permainan ke atas tuan rumah namun gagal menemui hantaran dan penyudah yang baik sepanjang permainan berlangsung.
Jaringan tersebut menyaksikan Salah kini berkongsi carta sebagai penjaring terbanyak EPL bersama Harry Kane (Tottenham Hotspur) dan Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal).
BURNLEY 2-1 FULHAM
Perlawanan lain menyaksikan Burnley mengatasi Fulham 2-1, walaupun gagal mencatat sebarang percubaan ke arah gawang.
Dua gol yang diperoleh Burnley adalah hasil daripada jaringan sendiri pemain pasukan lawan.
Burnley ketinggalan menerusi jaringan awal minit ke-2 Andre Schurrle, namun dua jaringan sendiri dalam tempoh tiga minit daripada Joe Bryan dan Denis Odoi memberikan kemenangan buat the Clarets.
CRYSTAL PALACE 1-2 WATFORD
Satu lagi jaringan sendiri dicatat dalam perlawanan Crystal Palace menentang Watford di Selhurst Park apabila cubaan mengeluarkan bola daripada Abdoulaye Doucoure terkena Craig Cathcart pada minit ke-38.
Cathcart menebus kekecewaan pasukan itu dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67 sebelum Tom Cleverly menjaringkan gol kemenangan Watford tujuh minit kemudian.
WEST HAM 1-0 ARSENAL
Saingan di Stadium London menyaksikan tuan rumah, West Ham menewaskan Arsenal 1-0.
Jaringan pemain berusia 19 tahun, Declan Rice pada awal babak kedua sudah memadai untuk Hammers menundukkan Arsenal.
Lebih menarik, Rice menyudahkan hantaran Samir Nasri, yang membuat penampilan pertama sejak menyertai West Ham minggu ini, selepas tempoh penggantungan enam bulan dari bola sepak tamat akibat gagal ujian doping.
LEICESTER CITY 1-2 SOUTHAMPTON
Perlawanan lain menyaksikan Southampton berjaya bertahan untuk menewaskan tuan rumah, Leicester City 2-1 walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain.
James Ward-Prowse menjaringkan gol pertama untuk Southampton menerusi penalti sebelum mereka kehilangan pertahanan, Yan Valery yang dibuang padang pada minit ke-45.
Beraksi kurang seorang pemain tidak menghalang the Saints menggandakan jaringan menerusi Shane Long, dua minit dalam masa kecederaan babak pertama.
Wilfred Ndidi berjaya merapatkan kedudukan buat the Foxes pada minit ke-58 namun kedudukan kekal 2-1 di Stadium King Power sehingga tamat permainan.
CARDIFF CITY 0-0 HUDDERSFIELD TOWN
Kontroversi keputusan pengadil membayangi perlawanan Cardiff menentang Huddersfield, apabila pasukan pelawat dinafikan sepakan penalti pada lewat permainan.
Perlawanan tamat, tanpa jaringan menyaksikan Huddersfield terpaksa berpuas hati pulang dengan satu mata di tangga tercorot liga dengan 11 mata.
CHELSEA 2-1 NEWCASTLE UNITED
Perlawanan terakhir pada awal pagi Ahad menyaksikan Chelsea menewaskan Newcastle United 2-1.
Beraksi di tempat sendiri, Chelsea berada di depan seawal minit kesembilan, menerusi jaringan Pedro sebelum Ciaran Clark menyamakan kedudukan pada minit ke-40.
Gol daripada Willian pada minit ke-57 sudah memadai untuk Chelsea mengutip tiga mata penuh.
Kemenangan membolehkan Chelsea mengukuhkan kedudukan di tempat keempat dengan 47 mata, enam mata di hadapan Arsenal di tangga kelima.
Ian Johan Ariff
Sat Jan 12 2019
Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan Liverpool menentang Brighton pada Sabtu. - Foto Reuters
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
EPL: Arsenal perlu pamer karakter sebenar - Arteta
Arteta berkata, para pemain perlu bangkit mempamerkan karakter sebenar kerana perjuangan mereka masih belum berakhir.
EPL: Manchester City terus bagi ancaman kepada Arsenal
Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool.
EPL: Arsenal kembali rampas kedudukan teratas liga
Arsenal berjaya merampas semula kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila cemerlang ketika menewaskan Brighton 3-0.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EPL: Arsenal rosakkan rekod gah City di Etihad
Ini kali pertama Arsenal berjaya mencatat aksi tanpa bolos atau 'cleen sheet' di kubu keramat City sejak 2015.
UCL: Arsenal tak gentar hadapi sebarang lawan -- Odegaard
Odegaard percaya Arsenal tidak perlu gentar untuk menghadapi Real Madrid, Bayern Munich atau Manchester City dalam pusingan UCL seterusnya.
UCL: Arsenal tamatkan badi 14 tahun ke suku akhir
David Raya menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Arsenal menewaskan Porto 4-2 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dalam tempoh 14 tahun.
Arsenal bina surau buat pemain di Stadium Emirates
Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang, kata Mohamed Elneny.