Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mendapatkan pengganti Dollah Salleh dalam kadar segara selepas beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pengendali pasukan Harimau Malaya berikutan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dollah Salleh memberitahu bahawa kapten pasukan Pahang, Razman Roslan meminta beliau untuk terus mengendali pasukan sehingga tamat perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi.

"Saya tidak boleh teruskan perjuangan ini, Saya tidak bolehkan salahkan mana-mana pemain dan saya akur dan harus mengambil keputusan meninggalkan skuad negara," ujar Dollah.

"Mengenai pengganti saya untuk perlawanan menentang Arab Saudi, saya serahkan perkara itu kepada FAM," kata Dollah.

Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal yang tamat pada 31 Dis 2013.

Malaysia dijadual menentang Arab Saudi pada aksi keempat Kumpulan A pada 8 September ini di Stadium Shah Alam.