Singapura gagal dalam percubaan mencalar rekod pingat emas hoki negara apabila tewas menerusi pukulan penalti 4-3 selepas terikat 2-2 sama ketika awal perlawanan.

Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, skuad negara masih mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka ketika di Sukan Sea Myanmar dua tahun lalu.

Malaysia membuat jaringan pembukaan menerusi Aminuddin Mohd Zain pada minit ke-16 sebelum Azwar Abdul Rahman menggandakan jaringan pada minit ke-44.

Singapura cuba mengejar dan berjaya mencatat jaringan pada minit ke-50 dan 70 sekali gus memaksa perlawanan ke pukulan penalti.

Empat pukulan penalti negara berjaya disempurnakan Aiman Nik Rozemi, Ashran Hamsani, Farizal Jazlan dan Nor Azrul Abdul Rahman.