SEBELUM memulakan saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirainya Sabtu ini, pasukan Sabah akan mengadakan sesi bertemu peminat di kompleks beli-belah Suria Sabah di Kota Kinabalu, esok (Khamis, 30 Januari).
Selain skuad utama negeri itu, program itu nanti juga akan turut disertai pasukan Piala Presiden serta Piala Belia Sabah.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Andrew Majanggim, berkata program yang dianjurkan persatuan berkenaan dengan kerjasama Ararat Sports and Souvenirs itu adalah bagi menghargai sokongan penyokong pasukan itu di samping menyemarakkan lagi semangat mereka bagi mengharungi musim baru nanti.
"Selain berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan para pemain, penyokong yang datang juga berpeluang untuk mendapatkan baju 'Tambadau' secara percuma...kita akan sediakan 100 helai baju.
"Selain itu, kita juga akan mengadakan kuiz bola kepada para penyokong yang hadir dengan beberapa hadiah menarik bakal mereka menangi," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sehubungan itu, beliau menjemput penyokong Sabah, termasuk kelab-kelab penyokong, untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan program itu.
Pasukan Sabah yang kini menggunakan maskot Tambadau, iaitu panggilan bagi seladang dalam kalangan penduduk tempatan, akan memulakan kempen Liga Perdana mereka Sabtu ini bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDTII) di gelanggang sendiri.
Astro Arena
Wed Jan 30 2019
Para penyokong Sabah, termasuk kelab-kelab penyokong, dijemput untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan program itu.- Astro Arena
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.