BAYERN 5 BESIKTAS 0
Bayern Munich menempah slot ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas meraih kemenangan 5-0 ke atas Besiktas tetapi Thomas Muller dan Arjen Robben tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan.
Beraksi dengan 10 pemain - Domagoj Vida dilayangkan kad merah pada minit ke-16 - Besiktas mempamerkan persembahan yang cemerlang apabila menggagalkan percubaan Bayern, hingga Muller menemui jalan untuk menembusi barisan pertahanan sebelum tamat separuh masa pertama.
Selepas perlawanan bersambung, Muller menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan ini sebelum Kingley Coman dan Robert Lewandowski memastikan kemenangan selesa buat Bayern sekaligus menyaksikan mereka selangkah untuk mara ke pusingan suku akhir.
"Kad merah telah membantu kami, walaupun kami gagal menggunakan peluang yang terhidang dalam babak pertama, kami tidak begitu agresif," kata Muller.
"Kami perlu bermain seperti apa yang telah dipamerkan pada separuh masa kedua.
Ia merupakan kemenangan ke-14 Bayern dalam semua kejohanan dan ke-12 di laman sendiri.
Tetapi Arjen Robben – yang menggantikan James Rodriguez berkata, "Kami tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama.
"Pengendali pasukan, Jupp Heynckes, telah menyuarakan perkara ini dan kami telah bermain dengan baik selepas perlawanan bersambung."
Bayern berkunjung ke Istanbul bagi aksi timbal balik pada 14 Mac.
Astro Arena
Wed Feb 21 2018
Thomas Muller menjaringkan gol keduanya sebelum Kingley Coman dan Robert Lewandowski memastikan kemenangan selesa buat Bayern Munich. - Foto Astro ARENA
Kedaulatan Digital: Astro gesa kerajaan semak undang-undang kukuh kuasa penguatkuasaan
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu agensi berkaitan bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tiga anggota polis direman kes rasuah pemandu lori
Tiga anggota polis direman empat hari sehingga Ahad bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemandu lori di Mersing.
DOSM tambah 300 kaunter daftar PADU
Jabatan Perangkaan menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem PADU lancar.
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
India bantah keras kenyataan AS berhubung penahanan Ketua Menteri Delhi
Pandangan negara luar berhubung penahanan Kejriwal dilihat telah merisaukan Kerajaan India.
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harry Kane cipta sejarah Bundesliga dengan hatrik keempat bersama Bayern
Harry Kane mencipta sejarah Bundesliga apabila dia menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat hatrik dalam musim debut bersama Bayern Munich.
Bayern Munich mahukan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti Thomas Tuchel?
Tuchel berada di bawah tekanan bersama The Bavarians selepas tiga kekalahan berturut-turut, di tangan Bayer Leverkusen, Lazio dan Bochum.
Bochum lakar kejutan, Bayern Munich tewas sekali lagi
Jamal Musiala memberikan gol pendahuluan buat pelawat, tetapi Bochum membalas melalui Takuma Asano dan Keven Schlotterbeck.
Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.
Hatrik Kane bantu Bayern benam Bochum
Tujuh jaringan itu meletakkan Kane di depan Gerd Mueller, Miroslav Klose dan Mario Mandzukic yang masing-masing menjaringkan lima gol.
UCL: Andre Onana hadiahkan Bayern Munich kemenangan dramatik
Andre Onana sedar dia telah mengecewakan Manchester United atas kesilapan membenarkan rembatan Leroy Sane melepasi jangkauannya dengan mudah.
Ryan Gravenberch: Liverpool antara kelab terbaik dunia
Pemain tengah Belanda berusia 21 tahun itu telah menandatangani kontrak jangka panjang di Anfield selepas menghabiskan satu musim di Bayern Munich.
UCL: Man United diundi bersama Bayern, kumpulan maut buat Newcastle
Pusingan pertama perlawanan kumpulan akan dimainkan pada 19 dan 20 September.
Liverpool setuju yuran perpindahan GBP35 juta dapatkan Gravenberch dari Bayern
Pemain berusia 21 tahun itu menuju ke Merseyside untuk menjalani pemeriksaan perubatan menjelang tarikh akhir perpindahan.
Bundesliga: Harry Kane kian berbisa di Bayern Munich
Harry Kane merakamkan dua gol dalam penampilan sulung Bundesliga ketika Bayern Munich menewaskan Augsburg 3-1.