SLOT terakhir Piala Malaysia menjadi milik Kelantan yang berjaya mengalahkan Pahang 2-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Kelantan yang sudah tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan turun dengan tekad memburu slot terakhir Piala Malaysia walaupun tidak dapat menurunkan penjaga gol veteran, Mohd Shahrizan Ismail, akibat kecederaan buku lali.
Kelantan memulakan saingan tetapi Tok Gajah cuba mencari gol pendahuluan melalui gerakan menarik yang dilakukan Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha.
Melalui gerakan lincah Sumareh yang mengatasi benteng Kelantan, hantaran cantiknya mencari Mohd Faisal Mohd Rosli, namun rembatan pemain muda itu ditepis penjaga gol The Red Warriors (TRW), Mohamad Faridzuean Kamaruddin, pada minit ke-20.
Minit ke-32, larian solo penyerang import, Augustine Amutu, hampir memberikan skuad kendalian Dollah Salleh di depan, namun sepakan derasnya terus ke dakapan Mohamad Faridzuean.
Melalui serangan balas, Muhammad Danial Ashraf Abdullah menceriakan penyokong tuan rumah apabila merembat kencang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Helmi Eliza Elias, pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua, Tok Gajah hampir menyamakan kedudukan tetapi tolakan Mohd Faisal hasil hantaran Norshahrul melambung melepasi palang ketika Mohamad Faridzuean sudah tertewas pada minit ke-56.
Hasil gerakan ketua pasukan, Matthew Davies, yang menewaskan dua benteng TRW, disudahkan melalui rembatan kencang Amutu mengatasi Mohamad Faridzuean pada minit ke-65, sekaligus mengikat permainan 1-1.
Penjaring terbanyak Kelantan, Shafiq Shaharudin, terus membuktikan ketajaman apabila menjaringkan gol kedua TRW melalui rembatan kencang pada minit ke-76.
Pahang mendapat sepakan percuma yang diambil pemain gantian, Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri, namun berjaya ditumbuk keluar Mohamad Faridzuean pada minit akhir permainan.
Kemenangan ini membolehkan TRW mengumpul 18 mata untuk menduduki tangga ke-11 Liga Super, sambil kekalahan Pahang membolehkan Perak yang berada di tangga kedua liga meraih slot play-off untuk ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), musim depan.
Astro Arena
Sun Jul 29 2018
Pemain Kelantan Nik Akif Syahiran Nik Mat (dua, kiri) diasak pemain Pahang Salamon Raj Adaickalam pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini. - BERNAMA
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.